Tajaan Pek Iftar Masjid Al-Aqsa

Jom bersedekah lebih awal untuk jemaah dan penjaga Masjid Al-Aqsa di bulan Ramadan.
 
Setiap hari ribuan umat muslim di Palestin hadir untuk menjaga Masjid AI-Aqsa, pelbagai aktiviti dilakukan oleh mereka untuk memakmurkan Masjid Al-Aqsa sekaligus menjaga kesucian masjid ini dari serbuan Zionis!
 
“Siapa yang memberi makan (saat berbuka) untuk orang yang puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya.” (Hadis Riwayat At-Tirmizy, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaemah).
 
Sedekah di bulan Ramadan amat bermakna bagi mereka di sana dan mereka yang bersedekah akan Allah lipat gandakan pahalanya, lebih-lebih lagi sedekah kepada orang-orang yang berjuang dijalan Allah untuk membela kemuliaan dan kehormatan Islam, seperti penjaga Masjid Al-Aqsa.
 
Kami membuka ruang kepada dermawan di luar sana untuk berinfaq bermula 16 Mac sehingga 18 Mac pada pakej iftar RM100 ini bagi menaja makanan berbuka puasa para jemaah dan aktivis Masjid Al-Aqsa pada pautan:
https://mycare.qrd.by/myramadan
 
ATAU
 
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 135 592
Rujukan: ramadan
 
Hantar bukti pembayaran jika melalui bank transfer ke:
http://wasap.my/60166366369 atau e-mel: myramadan@mycare.org.my
 
Semoga Ramadan kita tahun ini mendapat Ramadan yang mabrur, insya Allah!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah