[MisiGempaTurkiye] HMM sedia rawatan mangsa gempa Turkiye

Hospital Medan Malaysia (HMM) yang beroperasi di Celikhan, Adiyaman terletak kira-kira 152 kilometer (km) dari Gaziantep telah merawat seramai 800 pesakit sejak dibuka pada 14 Februari yang lalu.

 

Rawatan yang disediakan di HMM termasuk rawatan pesakit luar, ibu mengandung dan ginekologi, kanak-kanak, pembedahan am, ortopedik dan pergigian.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

HMM yang diketuai oleh Brigedier Jeneral Dato’ (Dr.) Amran Amir mempunyai anggota seramai 110 orang terdiri daripada 14 pakar dan 12 pegawai perubatan.

 

Brigedier Jeneral Dato’ (Dr.) Amran Amir Hamzah berkata, antara cabaran yang dihadapi ialah untuk mendapatkan barang keperluan asas seperti bahan makanan mentah yang mengambil masa 3 jam jarak dari lokasi hospital, selain cuaca sejuk yang mencecah -10 darjah Celsius.

 

HMM bakal menamatkan operasinya pada 24 Mac 2023.

 

Foto: Najihah Najlaa

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah