[MisiLubnan] MyCARE bina jaringan kerjasama mantap

Kerja-kerja kemanusiaan yang terbaik ialah yang dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak. Boleh juga buat sendiri-sendiri tapi buat sama-sama akan lebih mantap dan lebih lestari.

 

Umpama sebatang lidi. Mudah dipatahkan bila bersendiri tapi bila diikat bersama lidi-lidi yang lain akan lebih kuat dan utuh. NGO juga begitu. Yang saling bekerjasama akan lebih kuat dan lebih utuh.

 

Samalah dengan pesan Helen Keller: “Alone we can do so little; together we can do so much.”

 


 

 

 

Berdasarkan prinsip inilah MyCARE membina jaringan perhubungan dan kerjasama dengan pelbagai organisasi. Bahkan ini adalah salah satu objektif penubuhan kami.

 

Salah satu organisasi yang telah menjadi rakan kerjasama strategik MyCARE sejak ditubuhkan pada tahun 2010 adalah Takaful Child for Welfare atau ringkasnya Takaful. Bersama-sama Takaful, ribuan anak yatim Palestin telah berjaya disantuni dan jutaan ringgit sumbangan rakyat Malaysia telah berjaya disalurkan.

 

Semoga misi ke Lubnan akan memperkukuhkan lagi kerjasama MyCARE-Takaful demi kelangsungan hidup anak-anak yatim Palestin yang memerlukan baik di Lubnan mahupun di Palestin.

 

*****
Untuk menyumbang ke Tabung Bantuan Musim Sejuk (Winter Relief) MyCARE, KLIK:

 

Atau salurkan ke akaun bank:

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 13 5592
Rujukan: Winter

 

Hantar bukti pembayaran jika melalui bank online ke:
Whatsapp – http://wasap.my/60389412341 atau

 

Mohon sebar-sebarkan agar lebih ramai yang dapat kita bantu. Bantuan akan disalurkan ke Palestin, Syria, Lubnan, LYaman dan Afghanistan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.