Pengerusi MyCARE baharu, Dato’ Seri Ir Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha

Mesyuarat Khas Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) pada 20 November 2022 sebulat suara bersetuju melantik Dato’ Seri Ir Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha sebagai Pengerusi MyCARE yang baharu.
 
Dato’ Seri Ir Dr. Kamal merupakan anak kelahiran Machang, Kelantan dan pemegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Struktur dari University of Aston, Birmingham, United Kingdom (1994).
 
Beliau mempunyai pengalaman dalam kedua-dua bidang – korporat dan akademik. Jawatan tertinggi yang pernah beliau sandang ialah sebagai Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dari 2015-2022.
 
Semasa menjadi Naib Canselor UNITEN, beliau bersama pasukan pengurusan telah membangunkan Pelan Strategik UNITEN 2015-2025 yang dikenali sebagai BOLD2025 (Building Opportunities, Living Dreams 2025). Pelan ini telah memboleh UNITEN berjaya mengumpul dana endowmen sebanyak RM135 juta untuk memenuhi matlamat strategik kemampanan kewangan universiti itu.
 
Pelantikan beliau sebagai Pengerusi MyCARE diharap akan dapat memperkukuh tatakelola dan profesionalisme MyCARE serta melonjakkan lagi pencapaian MyCARE khususnya ke arah menjayakan Rancangan Strategik MyCARE 2022-2026.
 
Tahniah dan selamat datang ke keluarga MyCARE Dato’ Seri.
 
9 Disember 2022

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang