[TOV] Peranan sukarelawan dalam menyantuni pelarian Rohingya

MyCARE telah mengadakan sesi latihan Training of Volunteer – Peranan Sukarelawan dalam menyantuni Pelarian Rohingya pada 16hb Oktober 2022 yang lalu dihadiri oleh 22 orang sukarelawan.
 
Penerusan bagi latihan pengetahuan dan kemahiran ini didedahkan dengan perkongsian berkenaan pelarian etnik Rohingya oleh Ust Syazly Rameli, Pengurus Projek MyCARE, pengalaman dari Ustaz Amin, bekas tenaga pengajar Madrasah Tahfiz Al-Amin MyCARE di Sri Serdang dan mempelajari kemahiran tentang Peranan Sukarelawan Terhadap Sokongan Psikososial oleh Haji Kamarul Halim, Pengurus Kanan Projek MyCARE.
 

 

 

 

 
Persoalan asas tentang isu kemanusiaan Rohingya dikupas dan dibincangkan sesama peserta bagi memperbaiki semula persepsi yang sering timbul dalam perbualan masyarakat justeru membina kefahaman agar para peserta dapat bersama-sama membuka mata hati untuk mengenali lebih mendalam tentang faktor utama penindasan etnik Rohingya ini, serta langkah penyelesaian jangka panjang terhadap isu ini.

 
Pihak MyCARE ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga buat semua jawatankuasa penggerak, sukarelawan fasi dan sukarelawan peserta yang diraikan. Sedikit ucapan penghargaan juga buat para sukarelawan Havengers (sukarelawan Harmoni UM) atas kesudian menghadiri kursus latihan ini.
 

 

 

 

 

 

 

 

 
Bagi mengaplikasikan kefahaman dan bantuan para sukarelawan kepada pelarian Rohingya, Unit Kesukarelawanan MyCARE telah merencana projek bersama komuniti Rohingya pada 28hb Oktober yang akan datang.
 
*****
 
Untuk menyumbang bagi projek kami, salurkan sumbangan di sini :
https://mycare.qrd.by/rohingyavol
 
Nurturing Humanity, Making A Difference

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan