[Simple Dreams Project] Sumbangan kipas untuk Sekolah Menengah Al-Shijaiya

Sebagai NGO kemanusiaan yang menitik beratkan aspek pendidikan, MyCARE tidak menutup mata perkara-perkara kecil yang boleh menjejaskan pendidikan para pelajar dan guru.
 
MyCARE berbesar hati memenuhi hasrat 1,200 orang pelajar Sekolah Menengah Al-Shuja’iya bagi menambah baik suasana pembelajaran.
 


 

 

 

 

 

 

 
Setiap hari, para pelajar termasuk guru terpaksa berpanas di dalam kelas kerana tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

 
MyCARE memasang 30 bilah kipas siling di 15 buah kelas (40 pelajar setiap kelas) dan 2 kipas berdiri di bilik guru dan kakitangan serta sebuah printer.
 
Sumbangan penambah baikan ini bernilai USD2,200.

 

 

 

 

 

 
Semoga para pelajar dan guru lebih selesa dan bersemangat dalam sesi pembelajaran.
 
Generasi ini adalah generasi yang bakal membangunkan semula Palestin.
 
Ayuh bersama kami Bina Semula Palestin di:
https://mycare.qrd.by/rebuildingpalestin
 
Terima kasih kepada para penyumbang MyCARE yang menjayakan projek ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan