Lawatan ke Kampung Parwandu


 

Ahli misi telah menziarahi Kampung Parwandu, pinggir kota Kabul untuk melaksanakan recce pembangunan projek telaga tiub (tube well).

 

Masyarakat di sini yang terdiri daripada 500 buah keluarga terpaksa menunggu giliran lebih dari 3 jam untuk mendapatkan air setiap hari. Setiap keluarga biasanya akan diwakili oleh anak-anak lelaki atau perempuan yang akan membawa sekurang-kurangnya 2-4 tong bersaiz 5L untuk membawa bekalan air ke rumah masing-masing nun di kawasan berbukit.

 

 

Pembangunan telaga tiub merangkumi panel solar, tangki, perpaipan dan tenaga kerja dianggar bernilai USD4,000.

 

Keperluan dan kemudahan air ini sangat mendesak. Ayuh bersama ringankan beban mereka.

 

Misi Kemanusiaan Afganistan MyCARE 2.0 menyasarkan bantuan fokus kepada wanita dan kanak-kanak sebagai keutamaan bantuan selain daripada bantuan perubatan.

 

Ayuh kita bersama ringankan beban mereka di :

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah