[MyCARE X PGPF X Econsave X MC] Bantuan Alatan untuk Enaya Centre

Alhamdulillah. Enaya Physiotherapy and Rehabilitation Centre telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Khan Younis yang disaksikan oleh wakil Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Dr. Syeikh Ziad Shehada dan wakil Muslim Care Malaysia Society (MCMS).
 
Pusat ini merupakan inisiatif Perdana Global Peace Foundation dan Charitable Association for Palestinian Relief (CAPR) yang bertujuan untuk merawat mangsa kezaliman rejim Zi0nis dan juga memberikan khidmat kepada komuniti tempatan.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Satu MoU telah ditandatangani pada April 2022 antara MyCARE, Muslim Care dan PGPF yang diwakili oleh Tn. Hj. Kamarul Zaman Shaharul Anwar (MyCARE CEO), Tuan. Hj. Zulkifli Bin Wahijan (MCMS President) and YBhg. Tan Sri Norian Mai (PGPF President); disaksikan oleh Ar. Syed Muhammad Radhi Syed Sakkaf (MyCARE Trustee), En. Ahmad Safuan Bin Ujar (MCNS Secretary), dan YBhg. Tan Sri Dr. Samsudin Hitam (PGPF Trustee); di hadapan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad (PGPF President).
 
Pusat ini juga mendapat tajaan dan kerjasama daripada NGO Malaysia dan syarikat korporat tempatan termasuk Econsave, Kementerian Kesihatan Gaza dan Friend’s Benolovent Society.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
MyCARE bertanggungjawab melancarkan pengoperasian Dr. Siti Hasmah and Enaya Physiotherapy and Rehabilitation Centre dengan membiayai sejumlah RM103,500 untuk peralatan bilik rawatan, bilik diagnostik, jabatan hidroterapi, bilik pentadbiran dan kemudahan lain.
 
Pihak MyCARE turut berbangga dengan kerjasama yang dijalinkan bersama Perdana Global Peace Foundation bagi menubuhkan Enaya Physiotherapy and Rehabilitation Centre yang bakal memberikan banyak manfaat kepada penduduk Palestin.
 
“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

EDU TRIP 2026: Pendidikan Tanpa Sempadan

Setiap anak berhak merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Melalui program Edu Trip 2026, anak-anak yatim dan asnaf yang merupakan Pelajar Learning Centre MyCARE

MyQurbani Aceh

“Setiap kali hujan turun, kami masih trauma jika banjir berlaku lagi. Kami belum pulih sepenuhnya daripada banjir yang lalu.” Demikian luahan Pak Ferdi, salah seorang

Projek Adopt a Hafiz

Ketika ramai kanak-kanak di Gaza berdepan kehilangan tempat tinggal, kemiskinan dan trauma peperangan, masih ada yang istiqamah menghadiri halaqah Al-Quran untuk menghafaz kalam Allah SWT.

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah