[Veteran] Bantuan Bakul Makanan kepada veteran PASKAL

Mengambil momen Hari Pahlawan dan bulan Kemerdekaan, MyCARE sekali lagi menyalurkan bantuan kepada para veteran pasukan keselamatan bagi mengenang jasa mereka yang telah berjuang demi kedaulatan negara dan berkhidmat untuk masyarakat Malaysia.
 
MyCARE telah menyalurkan sumbangan bakul makanan kepada pasukan keselamatan sepanjang bulan Ogos ini.
 
Penyaluran seterusnya telah diserahkan kepada Persatuan Veteran PASKAL TLDM yang bertempat di Manjung, Perak dengan kerjasama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Sebanyak 50 pek makanan untuk 50 buah keluarga veteran PASKAL diserahkan oleh Pengurus Kanan Projek MyCARE, Tuan Haji Kamarul Halim bin Sakrani yang disaksikan oleh Kapten (B) Abd Malek b Md Daud RMN, Naib Presiden PV PASKAL TLDM serta PW I PNK Nor Azlina binti Endut, Setiausaha Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).
 
Pek makanan ini mengandungi beras, minyak, telur, tepung, bihun, gula, bawang, kentang, ikan bilis, susu pekat, teh, dan lain-lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka walaupun tidak tertanding dengan sumbangan besar mereka untuk negara. Diharap inisiatif ini menjadi tanda bahawa rakyat Malaysia tidak melupakan mereka yang telah berjasa.
 
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang serta semua yang menjayakan program ini termasuk Kapten (B) Johari Ramzan bin Haji Ahmad, PW 1 PWP (PKL) Jalaludin bin Nik dan PW 1 JTP (PKL) Abdul Rahman bin Md Din dan sahabat veteran yang bersama.
 
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bagaimana Bantuan Masuk ke Gaza?

Bagi menjawab kemusykilan rakyat Malaysia yang melihat video-video bantuan MyCARE di Gaza dari Oktober 2023 dan tetap berjalan sehingga sekarang, Pengurus Kanan Projek MyCARE, Haji

Bantuan susu formula bayi

Data rasmi UNICEF (Ogos 2026) mencatatkan angka yang mengejutkan.   19,425 kanak-kanak bawah 5 tahun di Tebing Barat kini disahkan mengalami malnutrisi akut merangkumi kes

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan