Bantuan Bakul Makanan kepada pesara PDRM

Mengambil momen Hari Pahlawan dan Bulan Kemerdekaan, MyCARE sekali lagi menyalurkan bantuan kepada para veteran pasukan keselamatan bagi mengenang jasa mereka yang telah berjuang demi kedaulatan negara dan berkhidmat untuk masyarakat Malaysia.
 
MyCARE telah dan sedang menyalurkan sumbangan bakul makanan kepada pasukan keselamatan sepanjang bulan Ogos ini.
 

 

 

 

 
Penyaluran pertama ini telah diserahkan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia – Malaysia Ex-Police Associatioan pada 26 Ogos 2022.
 
Sebanyak 50 pek makanan untuk 50 buah keluarga veteran PDRM diserahkan oleh Pengerusi MyCARE, Datuk Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha yang disaksikan oleh Tuan Haji Mokhtar bin Omar, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia.
 

 

 

 

 
Bantuan ini diagihkan kepada pesara PDRM yang bertempat di 3 buan negeri iaitu, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan.
 
Pek makanan ini mengandungi beras, minyak, telur, tepung, bihun, gula, bawang, kentang, ikan bilis, susu pekat, teh, dan lain-lain.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka walaupun tidak tertanding dengan sumbangan besar mereka untuk negara. Diharap inisiatif ini menjadi tanda bahawa rakyat Malaysia tidak melupakan mereka yang telah berjasa.
 
“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah