Ziarah keluarga anak yatim

Gaziantep, Turki

 

Menziarahi keluarga anak yatim yang ditaja oleh Rose2Rose MyCARE. Keluarga ini juga sedang menjaga seorang anak kelainan upaya yang dilahirkan di Syria dan kini telah berusia 34 tahun.

 

Kami sempat mendalami kisah tragis yang dilalui keluarga ini yang berpunca daripada kezaliman rejim di Syria. Mereka sehingga kini menetap di Gaziantep Turki.

 

Keluarga mangsa krisis di Syria yang dicetuskan oleh pemerintah Syria sendiri kini hidup serba kesusahan. Hanya dapur gas kecil yang mampu dibeli untuk keperluan memasak.


 

 

Dengan sokongan dan bantuan rakyat Malaysia, Rose2Rose pada hari ini berjaya menghadiahkan sebuah dapur oven kepada keluarga ini. Dengan harapan, dapat dimanfaatkan untuk keperluan keluarga selain untuk punca rezeki dengan menghasilkan kuih dan biskut untuk dijual di sekitar kediaman mereka.

 

Bantuan kewangan juga telah disalurkan melalui Syrian Women Association (SWA) untuk diuruskan bersesuaian dengan keperluan keluarga mereka.

 
Turut berlangsung adalah temu bual oleh wartawan TV Al Hijrah yang bersama-sama di dalam misi kali ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang