Rose2Rose menaja pelajar Syria

Gaziantep, Turki

 

Syrian Women Association (SWA) yang diketuai oleh Sister Lubaba, mempunyai sejarah yang panjang iaitu semenjak kejadian menyayat hati ke atas penduduk Hama. Sister Lubaba dan ramai wanita yang terkesan melarikan diri ke Jordan dan di sana bermulanya sejarah SWA.

 

Kini telah banyak inisiatif dijalankan oleh SWA dan telah ramai individu dan keluarga serta wanita dan kanak-kanak yang mendapat manfaat dari kerjasama dengan NGO-NGO luar negara termasuk Rose2Rose dan MyCARE.

 

Rose2Rose telah menaja 3 pelajar wanita Syria yang menetap di Turki setelah melarikan diri dari negara asal akibat peperangan, salah seorangnya ialah Dr.Rabeah El-Douh, beliau merupakan graduan lulusan perubatan yang kini telah bergelar seorang doktor dan berkhidmat di salah sebuah hospital di Turki.

 

 

 

Dua orang pelajar wanita lagi yang ditaja merupakan pelajar dalam bidang pergigian dan nutrisi. Anggaran penyaluran bantuan melalui agensi Rose2Rose MyCARE ini lebih daripada RM 300,000.

 

Team kami sempat mengenali dengan dekat Dr. Rabeah dan bagaimana beliau melalui perjalanan yang jauh dan getir sehingga akhirnya berjaya menjadi seorang doktor perubatan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah