MyRamadan I Moreh Heart2Heart & Singgah Sahur

“Semoga sihat selalu, semoga murah rezeki, terima kasih MyCARE”
 
Masha Allah, tak putus-putus doa yang kami terima oleh penduduk di sana sewaktu agihan moreh di PPR Kerinch.
 
Alhamdulillah, sebanyak 100 pek murtabak dan roti 7 Days diberi kepada penduduk selepas terawih dan witir. Ceramah kemanusiaan Afghanistan juga turut disampaikan.
 

 

 
Moreh ini berkonsepkan Beneficiaries to Beneficiaries (B2B) di mana MyCARE memilih peniaga makanan bertaraf asnaf atau B40 di sekitar PPR Kerinchi untuk dikongsikan kepada penduduk PPR.
 
Sejurus selepas itu, kami ke program Singgah Sahur untuk agihan sahur berupa chicken chop diberi kepada balai polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan balai bomba di Hulu Langat dan Kajang.
 

 

 

 

 
Kami sangat kagum dengan kegigihan barisan hadapan ini bekerja sehingga lewat malam dalam menggalas tanggungjawab demi keselamatan rakyat. Walaupun sampai pukul 3.30 pagi, kami masih bersemangat meneruskan program apabila melihat semangat mereka.
 
Terima kasih para penyumbang dan semua sukarelawan yang menggerakkan program ini. Semoga amalan kita dilipatgandakan di bulan Ramadan ini. Aaminn Ya Rabb!
 
Nantikan program Kami Squad MyCARE seterusnya.
 
Saluran telegram Volunteer@MyCARE:
http://t.me/VolunteerMyCARE

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah