MyCARE materai Mou bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Jalinan kerjasama antara MyCARE dengan UniSZA diperkukuhkan lagi dengan mematerai memorandum persefahaman yang diketuai CEO MyCARE, Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar dan Timbalan Naib Canselor (menjalankan fungsi Naib Canselor), Profesor Dr. Fadzli bin Adam disaksikan Pengurus Besar MyCARE, Puan Roha Hassan dan Ismail bin Musa, wakil pendaftar UniSZA.

Antara jalinan bidang kerjasama adalah:

 

  • Mobiliti pelajar dan sukarelawan
  • Kerjasama dalam latihan dan kepakaran
  • Kerjasama melalui penerbitan bersama
  • Kerjasama dalam pelaksanaan program serta kempen kemanusiaan

 

 

 

 

 

 

Sebelum ini, MyCARE telah menjalankan aktiviti bersama pihak UniSZA seperti Persidangan Antarabangsa, online talk, kursus asas sukarelawan, aktiviti sukarelawan, latihan industri dan sebagainya.

 

Semoga jalinan ini akan memberikan lebih banyak manfaat dalam kerja-kerja kemanusiaan bagi kedua-dua pihak.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah