SHAH ALAM, 27 Sep 2016 – Telah berlangsung Pelancaran Tabung #GiveHope Worldwide Holdings Berhad dan MyCARE di dalam Program Worldwide Prihatin di SACC Convention Centre. Tabung ini merupakan satu sinergi bersama badan korporat Worldwide dan MyCARE. Majlis diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Berhad, Datin Paduka Norazlina Zakaria dan Pengerusi Worldwide Holdings Berhad, Dato’ Noordin bin Sulaiman.






Tabung ini bertujuan untuk:
1) Menaja projek penajaan pembedahan pesakit miskin di Gaza
2) Menaja projek kaki dan tangan palsu untuk 22 kanak-kanak di Gaza dan Syria
Penyerahan sumbangan peralatan peranti perubatan ‘surgical sutures’ juga telah diberikan kepada MyCARE oleh syarikat Worldwide Holdings Berhad. Turut bersama program semalam adalah Faizal Tahir dan selebriti TV AlHjrah iaitu Sis Syafinaz dalam Sesi Perkongsian mengenai isu-isu kemanusiaan semasa.
Terima kasih kepada pihak Worldwide atas sokongan ini!
Sepucuk Surat, Sejuta Harapan Daripada Anak Yatim Syria
Makanan, kit kebersihan, pakaian dan yuran pendidikan merupakan antara keperluan penting yang diperlukan oleh anak-anak yatim di Syria.Di sebalik kehidupan yang penuh cabaran, mereka tetap
One comment