Pelepasan kapal misi Women’s Boat to Gaza

BARCELONA, 14 Sep 2016 – Tepat pada pukul 8 malam waktu tempatan (2 pagi waktu Malaysia), kapal pertama iaitu Zaytouna-Olive yang membawa Dr.Fauziah Mohd Hasan selamat berlepas.

10 minit selepas itu, kapal kedua iaitu Amal-Hope yang membawa ahli misi kedua, Puan Norsham Abu Bakar pula mengekori dari belakang.
Hari pertama misi bermula. Misi dijangka sampai ke Gaza pada 1 Oktober 2016. Semoga misi ini mencapai objektifnya. Fi amanillah. Bon Voyage. Mujeres Rumbo a Gaza.

Rose2Rose, dengan sokongan MyCARE dengan ini menyeru anda semua untuk menyumbang kepada projek #GiveHope, kutipan dana khusus kepada projek kaki tangan palsu dan penajaan kos pembedahan pesakit-pesakit miskin di Gaza seiring dengan misi Women’s Boat to Gaza.
Terima kasih kerana mengikut sehingga saat-saat terakhir pelepasan. Doakan supaya misi ini dipermudahkan. Maklumat lanjut akan menyusul.
Untuk menyumbang:
http://www.mycare.org.my/donate/

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Walk for Humanity: Giving Hope

Jom ramai-ramai meriahkan Walk For Humanity yang julung kali diadakan di Pahang! Selain aktiviti briskwalk, kami juga bawakan kepada anda pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan

Bantuan susu, lampin & kit wanita

Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000