2,600 Balang Biskut Kasih MyCARE Telah Diagihkan

“Anak-anak ini telah kehilangan ayah masing-masing, mereka bertiga sangat gembira menerima Biskut Kasih dari MyCARE.” – Samban, Sukarelawan MyCARE, Bintulu.
 
“Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan telah mengagihkan biskut ke rumah anak yatim, PERYATIM di Miri. Para penerima menerima Biskut Kasih dengan penuh kesyukuran” – Jeffry, Sukarelawan MyCARE, Miri.
 
“Bestnya dapat Biskut Kasih” – Yassinnara, LC Sungai Tekali.
 
Sebalang Biskut Kasih bukan sekadar hadiah tapi satu usaha menyebarkan kasih sayang kepada anak yatim dan asnaf tanpa mengira bangsa dan agama.
 
Alhamdulillah, sehingga 16 Mac 2025, 2,600 balang Biskut Kasih MyCARE (BAY 2025) telah diagihkan.
 

 

 

 

 

 

 

 

 
Insya Allah sehingga 30 Mac ini, 5,000 balang Biskut Kasih akan diagihkan untuk anak-anak yatim dan asnaf di Bintulu, Lembah Klang, Miri dan Sandakan.
 
Team MyCARE bersama sukarelawan dari kalangan ibu tunggal, asnaf, B40, staff, peserta dan trainer PEKB di Miri, Bintulu, Sandakan dan Lembah Klang terus gigih menyediakan Biskut Kasih sehingga mencapai sasaran.
 
Kalau nak join projek, “Biskut Kasih Untuk Dia”, boleh klik je link berikut
https://mycare.qrd.by/bay
 
Atau menaja anak yatim secara bulanan / tahunan di
http://donate.mycare.org.my/sponsorship
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi :
Ruhaiza
+603-8941 2341
+6013-744 4760

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bina masa depan untuk anak-anak

MyCARE Learning Centre (LC) di Kulai ini dibuka sejak tahun 2018. Hari ini ia berusia 8 tahun.   Ia merupakan sebuah pusat pembelajaran yang diusahakan

Bantuan periuk baharu untuk ibu-ibu Gaza

Ibu-ibu di Gaza akan menggali runtuhan-runtuhan rumah mereka untuk mencari sisa peralatan yang masih boleh digunakan. Selagi boleh digunakan, mereka akan guna walaupun rosak, pecah

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!