๐€๐ข๐ซ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐’๐ž๐ฆ๐ฎ๐š

Air merupakan satu hak asasi manusia. Akses kepada air bersih yang selamat diminum dan sanitasi kebersihan merupakan salah satu hak setiap insan di dunia ini yang perlu dipenuhi.

 

Pada tahun 2020, sebanyak 2 billion insan tidak dipenuhi haknya. Sebagai NGO kemanusiaan, MyCARE mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek awal Air Untuk Semua bermula dengan 2 buah negara iaitu Nepal dan Myanmar.

 

Justeru, MyCARE menyasarkan mewakafkan 50 buah telaga tiub di daerah Mahottari, wilayah Madesh Pardesh, Nepal dan 50 buah lagi di kem IDP Sittwe, Arakan, Myanmar.

 


 

 

 

 

Sirah Nabi SAW ada menceritakan kisah Saidina Uthman Ibn โ€˜Affan RA yang mewakafkan telaga yang disebut sebagai Biโ€™r Al-Ruumah untuk kegunaan umat Islam ketika itu.

 

Telaga tersebut dibeli oleh beliau daripada seorang Yahudi yang menghalang orang ramai dari menggunakannya dan mengenakan harga yang tinggi bagi sesiapa yang ingin mengambil air daripadanya.

 

Tindakan bijak Saidina Uthman merupakan suatu amalan yang memberi manfaat besar kepada umat Islam ketika itu, bahkan ada pendapat menyebut bahawa sebab turun Surah Al-Fajr, ayat 27-30 selepas berlakunya peristiwa ini.

 

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyebutkan bahawa:

 

ูˆูŽุฑูŽูˆูŽู‰ ุงู„ุถู‘ูŽุญู‘ูŽุงูƒู ุฅูู†ู‘ูŽู‡ูŽุง ู†ูŽุฒูŽู„ูŽุชู’ ูููŠ ุนูุซู’ู…ูŽุงู†ูŽ ุจู’ู†ู ุนูŽูู‘ูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุญููŠู†ูŽ ูˆูŽู‚ูŽููŽ ุจูุฆู’ุฑูŽ ุฑููˆู…ูŽุฉูŽ

 

Maksudnya: Al-Dahhak meriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan pada Uthman Ibn โ€˜Affan RA ketika beliau mewakafkan Telaga Al-Ruumah.

 

(Rujuk: Tafsir al-Qurtubi, 20/ 58)

 


 

 

 

 

MyCARE menyeru para dermawan yang prihatin untuk bersama kami dalam projek Air Untuk Semua.

 

Salurkan sumbangan wakaf anda di:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan susu, lampin & kit wanita

Bunyi tangisan bayi yang kian melemah di dalam khemah menandakan tubuh kecil itu sudah kehabisan tenaga.Menurut laporan situasi OCHA pada 7 Ogos 2026, lebih 50,000

Sediakan khemah untuk musim sejuk

Bagaimanakah anak-anak kecil mampu bertahan apabila tiupan angin dingin mula menyusup masuk melalui robekan khemah usang mereka?Menjelang ketibaan musim sejuk sekitar November nanti, seramai 1.9