PENGENALAN MYKORBAN

Tahun ini merupakan tahun ke 19 perlaksanaan projek ibadah korban oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Pada tahun ini, sekali lagi ia akan diuruskan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCARE). Bermula tahun ini juga, projek korban IKRAM yang dahulunya dikenali sebagai Qurban Kasih Ummah (QKU), telah dijenamakan semula sebagai MyKorban.

Fokus agihan MyKorban dikekalkan, iaitu kepada;

  • rakyat di negara yang sedang bergolak
  • mereka yang sedang tertindas
  • pelarian (sama ada dalam negara atau di luar negara asal mereka)
  • dan golongan yang memerlukan, terutamanya dalam negara Islam minoriti.

MyKorban juga mengekalkan konsep “cross subsidy”, iaitu lebihan dari kawasan yang lebih murah akan menampung harga lembu di kawasan yang lebih mahal. Ini agar mereka semua boleh sama-sama menerima sumbangan yang sangat diperlukan ini, dan peserta korban pula tidak perlu membayar harga yang terlalu mahal.

MyKorban juga akan meneruskan pakej korban kambing yang dibekukan dan ditinkan. Kedua-dua pakej ini mendapat sambutan yang sangat baik pada tahun lepas. Hampir seribu penyertaan diterima untuk kedua-duanya. Kedua-dua pakej ini dilaksanakan dengan kerjasama rakan NGO kami iaitu Human Appeal International, Australia. Sembelihan kambing korban akan dibuat di Australia. Setelah itu ia akan dibekukan. Untuk korban yang ditinkan, ia akan dimasak terlebih dahulu sebelum ditinkan. Kemudian baru ia dihantar ke kawasan yang bergolak.

Kos penyertaan untuk pakej ini adalah rendah kerana Australia mempunyai bilangan kambing yang sangat banyak. Melalui pakej ini, peserta dapat menyertai korban pada kadar harga yang rendah, dan daging korban dapat bertahan lebih lama. Jadi, para penerima boleh menjadikannya sebagai stok makanan dan ia dapat dinikmati untuk tempoh yang lebih lama.

Dengan ini, MyKorban ingin menawarkan 2 pakej korban lembu dan 4 pakej korban/aqiqah kambing seperti berikut sebagai pilihan:

Pakej Korban/Aqiqah Lembu :

  1. Korban Lembu – Pakej A : RM1500 satu bahagian (Palestin, Syria, Iraq, Lubnan, Yaman)
  2. Korban Lembu – Pakej B : RM480 satu bahagian (pelbagai lokasi)

Pakej Korban/Aqiqah Kambing :

  1. Korban Kambing – Pakej W : RM590 seekor (pelbagai lokasi)
  2. Korban Kambing Syria – Pakej X : RM1100 seekor
  3. Korban Kambing dibekukan – Pakej Y : RM500 seekor (Syria, Iraq & Lubnan)
  4. Korban Kambing ditinkan – Pakej Z : RM600 seekor (Palestin, Syria & Lubnan)

 

Langkah mudah untuk menyertai MyKorban 2017

  • Pilih pakej yang diingini kemudian buat bayaran di salah satu akaun “Humanitarian Care Malaysia Berhad” berikut:

Maybank – 5642 5856 0698
Bank Islam – 1209 20100 34904
CIMB – 8602 135 592

  • Hantarkan bukti pembayaran secara Whatsapp/Telegram ke +6019-227 6760 ATAU +6011-1234 8212 ATAU email ke [email protected]
  • Sertakan sekali Nama Penuh Anda, Alamat surat-menyurat, Email dan No. untuk dihubungi
  • Sijil akan diberikan kepada peserta selepas tamat program MyKorban 2017.

TARIKH TUTUP DILANJUTKAN SEHINGGA HARI SELASA, 29 OGOS 2017.

Untuk berita terkini berkenaan MyKorban, FOLLOW dan LIKE page Facebook baru kami iaitu: https://www.facebook.com/korban.mycare/
Jazakallahukhairan kathir.