Pada hari ini, keganasan dan konflik perang menjadi asbab berjuta-juta keluarga dari seluruh dunia melarikan diri. Sempena Hari Pelarian Sedunia, agensi-agensi kemanusiaan termasuk MyCARE menyeru pemimpin-pemimpin dunia untuk turut bersama membantu pelarian-pelarian tidak kira di mana sahaja.
Pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa besar wajib membantu menghentikan peperangan yang telah memakan berjuta-juta nyawa tidak kira sama ada di Palestin, Syria, Iraq, Rohingya, Afrika dan sebagainya.
Kami juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus membantu mangsa-mangsa perang yang masih bertahan di negara sendiri atau sudah melarikan diri ke negara lain.
Jom bersama kami membantu saudara-saudara kita yang serba kekurangan di dalam menyambut Ramadhan dan Raya ini.
Sumbangkan sedikit untuk Makanan atau Hadiah Raya di https://www.billplz.com/
Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf
Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat