Training of Volunteer MyCARE Johor

Adakah anda bersemangat untuk membuat perubahan sebagai sukarelawan dan meneroka dunia kerja kemanusiaan bersama MyCARE?

Jika jawapan anda ‘YA’, maka anda adalah orang yang kami cari!

Ayuh sertai Training of Volunteer (TOV) dan ketahui peranan penting yang boleh dimainkan oleh sukarelawan bersama MyCARE. 

Sebagai peserta TOV, anda berpeluang terlibat dalam menyumbang bagi projek Palestin, Yaman, Syria, Lubnan serta membantu warga dari negara-negara lain yang memerlukan.

Sertai kami dalam TOV anjuran MyCARE Johor ini — langkah pertama yang penting untuk menjadi sukarelawan yang komited. 

Training of Volunteer MyCARE Johor 2024
Tarikh: 10 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi – 2.00 tengah hari (sesi lanjutan praktikal Ziarah Mahabbah Asnaf di lapangan, 3.00 – 6.30 petang)
Tempat : Kompleks IKRAM Johor, Skudai
Yuran program: RM10

Yuran pendaftaran boleh dibayar di:
(https://bit.ly/YuranTOV2024)

Atau salurkan ke no akaun berikut:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602 13 5592
Rujukan: TOVJohor2024
Resit boleh dihantar ke wasap.my/+6018-3832458 (Khairiah)

Selepas membuat bayaran, sila Daftar TOV di sini SEKARANG! Tempat adalah terhad!
https://bit.ly/TOVMyCAREJohor24

Anda akan menerima :
Sijil Penyertaan
Buku Panduan Sukarelawan
Peluang menyertai pasukan MyCARE Johor

Selain memperkenalkan usaha kemanusiaan MyCARE, kami akan membantu anda mewujudkan cita-cita untuk menyumbang dalam kerja-kerja kemanusiaan, sama ada di dalam atau luar negara.

Jumpa anda di sana!

p/s: Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda yang berada di Negeri Johor, terutamanya di Skudai dan Kulai.

4 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk