Tabung Kecemasan Selat Sunda

SUMBANGAN SEGERA DIPERLUKAN!
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengikuti dengan dekat perkembangan bencana di Selat Sunda yang melanda Indonesia pada hari SABTU, 22 DISEMBER 2018.
Maklumat setakat 23 Disember jam 4 petang menunjukkan sekurang-kurangnya 220 orang terkorban dan 28 orang dilaporkan hilang. 556 buah rumah juga dilaporkan musnah dalam bencana ini.
Kawasan paling terkesan adalah daerah Pandeglang kerana merupakan tempat pelancongan utama di Banten.
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia memaklumkan bahawa fenomena yang berlaku adalah air pasang besar dan bukan tsunami atau gempa bumi dan bukan juga akibat ledakan gunung berapi Anak Karakatoa.
Walau bagaimanapun kejadian seperti ’tsunami kecil’ ini memberikan kesan kepada saudara serumpun kita di Indonesia.
Rakan kerjasama kami di Indonesia, PKPU-Human Initiative (HI) telah berada di lokasi beberapa jam selepas kejadian ini dan memaklumkan bahawa pihak berkuasa Indonesia seperti BNPB mempunyai tenaga dan kepakaran yang mencukupi untuk menjalankan misi SAR (Search and Rescue)
MyCARE dan PKPU Human Initiative (HI) sedang menyusun BANTUAN SEGERA kepada penduduk di daerah Lampung dan Pandeglang.
Kami mensasarkan sebanyak RM 30,000 untuk bantuan fasa pertama ini. Fokus utama akan diberikan kepada bantuan:

  • PEK MAKANAN/HOT KITCHEN (RM 150/PEK)
  • PEK KEBERSIHAN (RM 30/PEK)

Justeru, kami merayu kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin untuk menyalurkan sumbangan atau SHARE SEBANYAK MUNGKIN mesej ini agar kita dapat sama-sama membantu saudara kita yang terkesan dengan bencana ini.
Ayuh bersama ringankan beban mereka melalui 3 langkah berikut:
 

1️. DERMA

ONLINE: www.billplz.com/selatsunda
ATAU
BANK TRANSFER ke akaun “HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD”
MAYBANK ISLAMIC: 5515-7500-4299
CIMB ISLAMIC: 86-0213559-2
BANK ISLAM: 1209-20100-34904
 

2️. MAKLUM PADA KAMI

Letakkan ref ‘selatsunda’ dan e-mailkan ke  account@mycare.org.my atau WhatAapp/Telegram slip sumbangan anda ke +6019-655 1948 (En. Aiman).
 

3️. SEBARKAN

Sebarkan (SHARE) info ini agar lebih ramai dapat turut sama menyumbang.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan ayuh sama-sama kita doakan kemudahan buat saudara serumpun kita di sana agar terus kuat dan bisa bangkit!
Tn Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Ketua Pegawai Eksekutif
Humanitarian Care Malaysia
*Tarikh Kempen: 24 Dis 2018 – 10 Januari 2019

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju