Regim Bashar Al-Assad kembali melancarkan serangan udara bertubi-tubi dengan dahsyatnya ke Timur Ghouta, Syria.

Dalam masa 24 Jam serangan udara, roket, dan artileri yang dilancarkan pada Isnin, 19 Feb sehingga kini telah menyebabkan sekurang-kurangnya 103 orang awam terbunuh dan 300 orang yang lainnya cedera.

Timur Ghouta merupakan kubu bagi pihak revolusi Syria terakhir yang terletak di sekitar bandar Damsyik.

Pada awal bulan Februari ini, regim Bashar Al-Assad telah mengerahkan pasukan tambahan bagi melancarkan serangan-serangan udara selama lima hari yang telah menyebabkan lebih daripada 250 orang awam terbunuh dan ratusan yang lain tercedera.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) pada Isnin (19 Feb 2018) menyatakan, serangan yang mensasarkan orang awam di timur Ghouta harus dihentikan sekarang.

Ini penting bagi mengakhiri penderitaan dan pembunuhan manusia yang tidak dapat diterima akal.

MyCARE mengikuti rapat perkembangan di Ghouta melalui rakan NGO kami di Syria iaitu Ataa’ Relief & Development dan dengan ini kami melancarkan TABUNG KECEMASAN GHOUTA.

Bantuan kecemasan ini meliputi keperluan MAKANAN dan PERUBATAN kepada penduduk Ghouta.

DUA LANGKAH MUDAH UNTUK MENYUMBANG:

 
1. Salurkan sumbangan melalui:

ONLINE: www.billplz.com/saveghouta

atau

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD

– Maybank Islamic (5515 7500 4299)
– Bank Islam (1209-20100-34904)
– CIMB Islamic (8602-135-592)

2. Maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada [email protected] atau WA/Telegram ke +6019-6551948 untuk rekod kami.

Semoga usaha ini dapat membantu meringankan beban saudara kita di Ghouta.

Sebarang pertanyaan lanjut dan kerjasama kempen sila hubungi Ibu Pejabat kami 03-89412341/+6012-2799734 (En. Aiman).