Hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa lagi negeri terjejas akibat banjir. Dengan pertambahan dua negeri tersebut, jumlah negeri yang terjejas banjir setakat pagi ini meningkat kepada enam buah negeri termasuk Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak, sementara Terengganu pulih sepenuhnya pagi ini.

Di Selangor, seramai 152 mangsa banjir dari Pekan Sungai Besar dan Pekan Parit Baru terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan iaitu di Dewan Sri Bernam dan pusat pemindahan Dewan Parit Baru.

Di Perak, seramai 334 orang mangsa banjir ditempatkan di tujuh pusat pemindahan banjir di tiga daerah negeri itu iaitu di Manjung (197 orang), Larut (90 orang) dan Hilir Perak (27 orang).

Di Johor pula jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di seluruh negeri itu meningkat kepada 1,457 orang berbanding 177 orang semalam.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 3,344 orang pagi ini berbanding 3,325 orang malam tadi dengan kesemua mangsa ditempatkan di 24 pusat pemindahan yang dibuka di Jajahan Kota Bharu (157 orang), Pasir Puteh (2,573 orang), Pasir Mas (570 orang) dan Kuala Krai (44 orang).

Di Sabah, jumlah mangsa banjir di Pitas dan Paitan juga kekal 824 orang yang kesemuanya ditempatkan di lapan pusat pemindahan di dua daerah itu iaitu di Dewan Kampung Kubambangan (30 orang) dan Dewan Kampung Binsulung (45 orang).

Di Sarawak, seramai 460 murid daripada lapan buah sekolah rendah di negeri itu tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini kerana banjir sejak semalam.

Setakat ini, 6 buah negeri terjejas akibat banjir, 7705 mangsa banjir telah dipindahkan iaitu sebanyak 2121 buah keluarga, dan 79 buah pusat pemindahan banjir telah dibuka.

Justeru, MyCARE dengan ini melancarkan ‘Tabung Bantuan Bencana Banjir Malaysia dan Selatan Thailand’ bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’ melalui akaun berikut:

Maybank Islamic – 5515 7500 4299
CIMB Islamic – 8602 13 5592
Bank Islam – 1209 2010 0349 04

Reference: Banjir
Emelkan slip/bukti sumbangan ke [email protected] atau Whatsapp/Telegram ke 019-655 1948.

Untuk maklumat lanjut hubungi:

MyCARE HQ: 03-8941 2341 (Luqman)

Ayuh bantu ringankan saudara-saudara kita yang sedang menghadapi ujian banjir!

Sumber: Sinar Harian