Tabung Kecemasan Gempa Bumi Asia Selatan

8d7ae56ba5034c63a65809ce1561da68_18
Source: AlJazeera.com

Pada 26 Oktober lepas, kita dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 7.5 skala richter berpusat di wilayah Badakhshan kira-kira 250km dari bandar Kabul, Afghanistan. Gempa ini turut dirasai sehingga ke wilayah selatan asia di utara Afghanistan dan Pakistan dan menyebabkan berlaku kematian serta kemusnahan yang teruk.
Laporan rasmi setakat 29 Oktober 2015 menunjukkan jumlah kematian meningkat sehingga 268 orang, 1844 orang cedera dimana hampir separuh dianggarkan kanak-kanak, kerosakan infrastruktur yang besar kepada jalan raya, jambatan dan sekolah-sekolah. (sumber NDMA/PDMA pada 28 October, 2015)
Gegaran sedalam 213 km itu turut dirasai di Islamabad, Pakistan dan Delhi, India.
Sehubungan itu, MyCARE kini melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Bumi Asia Selatan. (South Asia Earthquake Emergency Fund).
Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia membantu dan meringankan beban mereka dengan menghulurkan bantuan melalui kempen ini atas dasar kemanusiaan.
Sumbangan atas nama ‘Humantarian Care Malaysia Berhad’ di:
CIMB Islamic Bank Berhad – 8602 135 592
Maybank Islamic Bank Berhad – 5642-5856-0698
Hubungi 03-8941 2341 (En.Aiman) untuk maklumat lanjut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.