Konflik di Syria kini masuk tahun yang ke-7. Kebangkitan rakyat yang tercetus pada Mac 2011 telah berevolusi kepada konflik peperangan yang melibatkan kuasa-kuasa serantau dan kuasa-kuasa besar dunia.

Campur tangan kuasa luar di Syria telah menyebabkan konflik di Syria berpanjangan sehingga mencetuskan bencana kemanusiaan terbesar dunia pada hari ini. Bilangan IDPs dan pelarian Syria sudah mencecah angka 12 juta orang. Kemusnahan harta benda begitu berleluasa dengan kerugian berbilion-bilion dolar. Jumlah korban pula sudah menghampiri angka setengah juta!

Bilakah konflik ini akan berakhir?
Apakah agenda kuasa-kuasa luar di Syria?
Apakah nasib masa depan anak-anak di Syria?

Dapatkan jawapannya di Simposium Hala Tuju Masa Depan Syria anjuran Syria Care dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) sempena ulangtahun ke-6 konflik di Syria. Simposium ini akan menampilkan barisan penceramah dari dalam dan luar negara untuk mengupas isu terbesar umat Islam pada hari ini.

Daftar dan tempah tiket anda sekarang!

>> https://islamicevents.my/event/simposiumsyria

Program: “Simposium Hala Tuju Masa Depan Syria”
Tarikh: 18 Mac 2016 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Penceramah jemputan:

Syeikh Mahmoud Dahla, Pengarah Institut Fateh Ulum Syariah wa Arabiah dan Pengasas Institut Syeikh Abdul Razza al-Halabi (Ulama Besar Syria)

Syeikh Abdullah Rahhal, Ahli Majlis Ulama Idlib, Pengerusi Yayasan Al-Ahbab Al-Insaniyah

Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh, Timb. Dekan, Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), UniSZA

Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi MyCARE

Ustazah Siti Sakinah Meor Omar Baki, Pengerusi Syria Care

Chris Lau, Wartawan Bebas Malaysia yang pernah 3 kali ke Aleppo

Jangan lepaskan peluang ini. Daftar dan tempah tiket anda sekarang!

>> https://islamicevents.my/event/simposiumsyria

Yuran

Early bird (sehingga 7 Mac): RM40 (dewasa), RM25 (pelajar)
Biasa (selepas 7 Mac): RM50 (dewasa), RM30 (pelajar)

Tarikh tutup penyertaan 16 Mac 2017. Walk-in tertakluk kepada tempat kosong.

Maklumat lanjut hubungi:

Cik Zana: 011-11362567
En. Luqman: 019-4815584