Sidang Media Kempen Selamatkan al-Quds

KUALA LUMPUR, 8 Jun 2017 – Alhamdulillah, semalam telah berlangsung satu mesyuarat dan sidang media anjuran sekretariat ‘Kempen Selamatkan al-Quds’ bagi memperingati ‘Ulangtahun ke-50 Penjajahan Kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa’ oleh rejim Zionis Israel.
Sebanyak 25 NGO daripada pelbagai latarbelakang – dakwah, kemanusiaan, akademik, ulama, wanita, belia, mahasiswa – telah menghantar wakil bagi menyatakan sokongan ke atas kempen yang dianjurkan dan kenyataan media bersama yang dikeluarkan.






Lagi gambar-gambar di FB Aqsa Syarif
Semua NGO yang hadir juga bersetuju agar satu pelan yang strategik disusun agar kempen ini dapat diperhebatkan lagi bukan sahaja di Malaysia malah ke peringkat serantau bahkan dunia.
Berikut adalah teks ‘Kenyataan Media’ yang telah dibacakan semalam oleh Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).
*Aqsa Syarif adalah agensi di bawah MyCARE
********************************************
KENYATAAN MEDIA
KEMPEN SELAMATKAN AL-QUDS
7 JUN 2017 BERSAMAAN 12 RAMADAN 1438H
MENGENANG 50 TAHUN PENDUDUKAN AL-QUDS DAN MASJID AL-AQSA OLEH REJIM ZIONIS
Pada bulan Jun 2017 ini, genap 50 tahun pendudukan Al-Quds (Jerusalem) dan Masjid Al-Aqsa oleh rejim Zionis susulan serangaN mereka ke atas bumi Palestin pada tahun 1967. Akibatnya, Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan bahagian Timur al-Quds termasuk Masjid Al-Aqsa telah jatuh ke bawah pendudukan haram Israel.
Sejak itu, Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa telah dicerobohi dengan cara yang sistematik dan beransur-ansur oleh rejim Zionis walaupun Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu dan Majlis Keselamatannya telah berkali-kali meluluskan resolusi yang mendesak Israel untuk menamatkan pendudukan haram mereka dan berundur dari kawasan yang dirampas daripada rakyat Palestin.
Jenayah rejim Zionis ini mencapai kemuncaknya semasa sambutan Hari Pendudukan Al-Quds oleh rejim Zionis baru-baru ini apabila kerajaan Israel mengadakan satu mesyuarat kabinetnya di dalam salah satu terowong di bawah dinding Al-Buraq.Rejim ini juga telah meningkatkan pencerobohan secara berleluasa terhadap Masjid Al-Aqsa.
Menyedari hakikat tersebut maka kami, yang bertandatangan di bawah, ingin menegaskan perkara berikut:
1. Kami mengambil maklum bahawa hari ini merupakan tahun ke-50 pendudukan haram al-Quds dan Masjid al-Aqsa oleh rejim Zionis Israel. Rejim Zionis Israel masih meneruskan tindakan menceroboh dan membinasakan Al-Quds walaupun Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu dan Majlis Keselamatan telah berkali-kali meluluskan resolusi mengutuk tindakan itu, termasuk tindakan mengambil-alih Al-Quds serta cubaan untukmenukar status Al-Quds.
2. Kami dengan ini memberi pujian dan penghormatan kepada pasukan Murabitun dan Murabitat – para pembela Al-Aqsa daripada kalangan rakyat Palestin – atas keberanian dan keazaman mereka yang berterusan melindunginya daripada banyak percubaan oleh rejim Zionis Israel dan peneroka Zionis untuk merampas al-Aqsa daripada orang Islam.
3. Kami memuji dan memberi penghormatan kepada kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia atas sokongan kuat mereka yang berterusan terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan Al-Quds dan Al-Aqsa daripada cengkaman haram rejim Zionis Israel.
4. Kami dengan tegas mengutuk percubaan rejim Zionis memutarbelitkan maklumat berkenaan Baitul Maqdis dan Al-Aqsa serta dakwaan mereka bahawa Al-Quds dan Al-Aqsa adalah milik mereka.
5. Dalam hal ini, kami mengutuk cubaan terbaru mereka pada 28 Mei 2017 apabila kabinet Israel bermesyuarat di dalam terowong di bawah Dinding Al-Buraq. Kami juga mengutuk lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke dinding Al- Buraq sebelum mesyuarat Kabinet tersebut, yang jelas bertujuan memberi sokongan kepada rejim Zionis untuk mengawal Baitul Maqdis.
6. Kami menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menguatkuasakan pelbagai resolusi yang telah diluluskan mengenai Al- Quds dan Al-Aqsa termasuk Resolusi 476 dan Resolusi 478. Resolusi 476 menegaskan bahawa tuntutan Israel ke atas Baitul Maqdis adalah terbatal dan tidak sah dan cubaan mengubah status Baitul Maqdis merupakan satu pelanggaran terang-terangan terhadap Konvensyen Geneva ke-4. Resolusi 478 pula mengutuk Israel dengan sekeras-kerasnya atas tuntutannya terhadap Baitul Maqdis.
7. Kami menyeru kerajaan Malaysia untuk memberikan tekanan terhadap PBB supaya menguatkuasakan resolusi-resolusi yang telah diluluskan untukmelindungi Al-Quds dan Al-Aqsa daripada cubaan rampasan oleh rejim Zionis.
8. Kami menyeru rakyat Malaysia yang mempunyai hati nurani, tanpa mengira kaum dan agama, untuk menyuarakan sokongan mereka kepada usaha menegakkan keadilan di bumi Palestin. Kami juga menyeru mereka untuk menyokong usaha gerakan BDS (Boycott, Divestment and Sanction) untuk memboikot rejim Zionis Israel serta semua organisasi yang bersubahat dengannya secara langsung atau tidak langsung, dalam melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin.
1. Al-Quds Foundation Malaysia (QFM)
2. Aqsa Syarif (MyCARE)
3. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
4. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
5. Viva Palestina Malaysia (VPM)
6. Palestinian Cultural Organization (PCOM)
7. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
8. Yayasan Restu
9. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
10. Aman Palestin
11. Global Peace Malaysia (GPM)
12. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
13. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
14. Palestinian Students Association (PSA)
15. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
16. Institute of Excellence for Islamicjerusalem Studies (IEIJS)
17. Palestine Center of Excellence (PACE)
18. Muslim Care
19. IKRAM Siswa Nasional (ISN)
20. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
21. Cakna Palestin Malaysia
22. Rose2Rose (R2R)
23. Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
24. Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia
25. Union of NGOs of Islamic World (UNIW)
26. Malaysian Humanitarian Aid and Relief Foundation (MAHAR)
27. Boycott, Divestment & Sanction (BDS) Malaysia
28. Al-Zaytouna Club
29. World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Malaysia
30. Yayasan Amal Malaysia
31. Malaysian International Humanitarian Organization (MHO)
32. Majlis Belia Malaysia (MBM)
33. Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA)
34. Movement for Monetary Justice (MMJ)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Jom Bayar Zakat Fitrah Melalui MyCARE

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah mendekati 10 malam terakhir yang teristimewanya berbanding dengan malam-malam yang lain di bulan Ramadan.   Tinggal beberapa hari sahaja

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari