Rose2Rose ke Cox’s Bazar!

Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) melalui salah satu agensinya Rose2Rose akan melaksanakan misi kemanusiaan untuk pelarian Rohingya di Cox’s Bazaar yang diberi nama Gift of Smiles 5 pada 5 – 9 April 2018.
Pelarian Rohingya di Bangladesh kini telah mencapai angka sejuta orang. Lebih 51% pelarian adalah wanita. Mereka lebih berisiko dipergunakan untuk perdagangan seks, keganasan fizikal, dan kebanyakan mereka terpaksa membesarkan anak-anak sendirian tanpa tempat bergantung dan punca pendapatan.
Jumlah mereka yang sangat ramai membuatkan kita tidak mampu untuk memberi bantuan wang kepada mereka semua.
Atas dasar ini, Rose2Rose akan menubuhkan Pusat Komuniti Wanita dan Kanak-Kanak Cox’s Bazaar bagi memperkasakan pelarian wanita dengan pendidikan, latihan vokasional, dan sokongan kaunseling.
Selain itu, misi ini akan turut mengedarkan pek makanan buat pelarian Rohingya serta memantau penyerahan rumah perlindungan buat 50 keluarga pelarian Rohingya.
Sumbangan terkumpul daripada Kempen Impact A Mother dan Hi Tea Gift of Smiles baru ini akan disalurkan untuk kos pembinaan dan operasi Pusat Komuniti Wanita dan Kanak-Kanak Cox’s Bazaar, yang akan memberi manfaat buat lebih 3,000 pelarian Rohingya di Kutupalong, Cox’s Bazaar, Bangladesh.
Jumlah bantuan yang diperlukan adalah sebanyak RM 130,630.
Misi ini akan diwakili oleh:
1) Dr. Fauziah Mohd Hasan (Ketua Misi)
Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE dan Penasihat Rose2Rose
2) Pn. Norsham Abu Bakar
Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah MyCARE
3) Cik Nor Fadzeela Mohamad
Eksekutif Perhubungan Awam MyCARE

Sumbangan masih diperlukan!
Jom Impact A Mother melalui akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad:
Maybank Islamic : 5515-7500-4299
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592

Hantarkan butiran sumbangan ke alamat e-mel account@mycare.org.my atau +6016-6366369.
“When you educate a woman, you educate a nation.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Walk For Humanity 2026 Kuantan

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh jayanya program Walk For Humanity 2026 di IIUM Kuantan. Terima kasih buat seluruh warga Kuantan yang telah hadir bagi memeriahkan

Terus membela al-Aqsa

Alhamdulillah, MyCARE telah dijemput menghadiri sesi perkongsian maklumat berhubung perkembangan terkini Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia.   Pertemuan ini menghimpunkan wakil-wakil NGO