Perutusan Ramadan 1439H

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Semoga ibadah puasa yang dijalani pada tahun ini lebih berkualiti sehingga mencapai darjah taqwa.
Tahun ini kita menyambut Ramadan dengan suasana baru, Malaysia menuju ke arah kebaikan dan rahmah.
Di masa yang sama, ambang Ramadan juga menyaksikan saudara kita rakyat Palestin berhadapan dengan pembunuhan kejam oleh regim pengganas Israel di mana 58 orang dibunuh oleh penembak tepat dalam satu hari (14 Mei) dalam keadaan mereka berhimpun tanpa senjata untuk pulang ke kampung halaman mereka di bumi Palestin yang dijajah; suatu tuntutan yang diiktiraf oleh PBB dan undang-undang antarabangsa.
Kelmarin pada ulang tahun ke 70 Nakbah, Amerika tanpa mempedulikan keputusan PBB dan bantahan masyarakat antarabangsa telah memindahkan Kedutaan US ke Baitulmakdis.
32 negara turut meraikan majlis perasmian pembukaan kedutaan US di Baitul makdis. Tindakan yang terkutuk ini pasti akan menatijahkan suatu perkembangan yang lebih buruk di timur tengah.
Dalam pada itu, MyCARE juga mengajak seluruh umat Islam supaya terus berdoa dan menyumbang kepada tabung-tabung bantuan kemanusiaan khususnya di Palestin, Syria, Rohingya, Yaman dan tempat-tempat lain yang memerlukan.
Semoga bantuan tuan puan diberkati oleh Allah serta mendapat ganjaran pahala berlipat ganda di bulan Ramadan yang penuh barakah ini.
Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
MyCARE

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per

Meneruskan perjuangan Mavi Marmara

Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Beheşti İsmail Songür, Presiden Mavi Marmara Foundation, Abdul Mejid, Pengarah Bahagian Antarabangsa, dan

Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.   Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan