Perkongsian misi & ramah mesra

COPENHAGEN, 19 Mei 2018 – Hari pertama ketibaan peserta misi di Copenhagen disambut mesra oleh En. Fauzan Ahmad, pelajar jurusan Doktor Falsafah (PhD in Microbiology) yang berasal dari Kedah di lapangan terbang Copenhagen, Denmark.
Kami seterusnya dibawa ke tempat penginapan di kawasan Bispeengbuen. Selepas lebih kurang 16 jam perjalanan, kami berehat terlebih dahulu dan mengadakan mesyuarat ringkas berkenaan perjalanan kami untuk beberapa hari di sini.
Selepas itu, kami dibawa ke salah sebuah kediaman rakyat Malaysia yang telah lama menetap di sini, iaitu pasangan Fadli dan Faezah yang sudi menerima kehadiran kami.



Sedikit perkongsian berkenaan sejarah isu Palestin dimulakan oleh Prof Nazari serta usaha-usaha Boycott Divestment & Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) sebelum majlis berbuka puasa.
Perkongsian diteruskan oleh Tuan Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar (Hj KZ), CEO MyCARE berkenaan tujuan misi “The Right To A Just Future for Palestine Freedom Flotilla. Misi ini adalah khusus untuk mewujudkan semula kesedaran masyarakat antarabangsa berkenaan kehidupan di Gaza yang akan tidak boleh didiami lagi pada tahun 2020 kelak.

Copenhagen merupakan pelabuhan pertama yang akan disertai oleh wakil misi dari Malaysia, iaitu Tuan Hj KZ dan Prof. Nazari sehingga ke pelabuhan Wilhelmshaven, Jerman. Pelayaran solidariti menaiki bot nelayan “Al-Awda” untuk Palestin ini dijangka mengambil masa selama 5 ke 6 hari dan akan diteruskan oleh peserta misi berikutnya, En. Zool Fadli bin Hamzah.
Misi Flotila ke Gaza ini akan melalui beberapa lagi pelabuhan di beberapa buah negara selama 2 bulan 2 minggu dan dijangka sampai di pelabuhan Gaza pada hujung Julai.
Peserta misi akan menanti ketibaan Al-Awda, yang dijangka sampai ke Copenhagen pada pukul 4 petang waktu tempatan (atau 10 petang waktu Malaysia).
Terima kasih sekali lagi kepada pasangan Fadli dan Faezah, serta para keluarga yang terdiri daripada rakyat Malaysia, Singapura dan Indonesia yang turut bersama-sama menerima dan melayani peserta misi Freedom Flotilla kali ini.
Ikuti perkembangan terkini misi di facebook kami.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Jom Bayar Zakat Fitrah Melalui MyCARE

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah mendekati 10 malam terakhir yang teristimewanya berbanding dengan malam-malam yang lain di bulan Ramadan.   Tinggal beberapa hari sahaja

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari