Penyaluran pertama kempen MyRamadan kepada PPR Kota Damansara

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyasarkan kutipan RM3.5 juta bagi Kempen MyRamadan 1439H untuk tujuan pengagihan bantuan makanan kepada masyarakat Islam yang memerlukan di 21 negara sepanjang Ramadan dan Syawal.
Sebahagian besar bantuan itu akan disalurkan kepada rakyat Palestin di Gaza, Baitul Makdis, Tebing Barat, masyarakat Islam di Syria serta di kem-kem pelarian di Turki, Lubnan dan Jordan serta pelarian Rohingya di Cox’s Bazar.
Bantuan yang diberi berupa pek makanan bagi sahur dan iftar serta keperluan asas seperti beras, tepung, minyak, susu dan kurma untuk memastikan mereka dapat menjalani ibadah puasa dengan baik.




Lagi gambar-gambar di album MyCARE
MyCARE juga akan menyediakan bantuan Hari Raya seperti pakaian baharu dan duit raya kepada kanak-kanak yang memerlukan bagi memastikan mereka dapat meraikan Aidilfitri dalam keadaan gembira.
Sumbangan awal makanan mula disalurkan pada pertengahan bulan ini dan bantuan seterusnya akan dihantar pada minggu kedua Ramadan melalui rakan-rakan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) di negara berkenaan.
Terdahulu, MyCARE juga turut mengedarkan pek makanan kepada 50 buah keluarga penduduk PPR Kota Damansara.

Orang ramai yang ingin membantu projek MyRamadan di bawah boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad di Maybank Islamic 551575004299, Bank Islam 12092010034904, CIMB Islamic 8602135592

Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Ketua Pegawai Eksekutif
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Walk For Humanity 2026 Kuantan

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh jayanya program Walk For Humanity 2026 di IIUM Kuantan. Terima kasih buat seluruh warga Kuantan yang telah hadir bagi memeriahkan

Terus membela al-Aqsa

Alhamdulillah, MyCARE telah dijemput menghadiri sesi perkongsian maklumat berhubung perkembangan terkini Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia.   Pertemuan ini menghimpunkan wakil-wakil NGO