Pengagihan bantuan banjir di Kelantan & Selatan Thai

SELATAN THAI, 23 – 26 Feb 2017 – Baru-baru ini bumi Malaysia dan Thailand dilanda bencana banjir teruk. Banjir telah menyebabkan kerosakan harta benda dan pelbagai lagi. Duit simpanan terpaksa dikeluarkan bagi membaiki kerosakan dan pekerjaan mangsa-mangsa banjir terbantut seketika.
MyCARE sekali lagi membuka peluang kepada orang ramai untuk sama-sama membantu mangsa-mangsa banjir yang kurang bernasib baik. Misi Bantuan Bencana Banjir Malaysia & Selatan Thai telah diadakan dengan jayanya  hasil sumbangan orang ramai dalam Tabung Bantuan Bencana Banjir Malaysia & Selatan Thai.
Penyediaan pek-pek bantuan disediakan atas kerjasama agensi-agensi lain seperti agensi i-Bantu, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan MyCARE Negeri Kelantan. Manakala di Thailand, proses agihan dibantu oleh NGO-NGO Thailand seperti Yayasan Salam, NGO Qalbun Wahid dan Pusat Pendidikan Kalamullah di 2 wilayah iaitu Wilayah Narathiwat dan Pattani.







Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Lokasi bantuan:
i. Taman Kasturi, Tumpat, Kelantan
ii. Sekolah Phrakratong, Kg Kubang Puyu, Narathiwat
iii. Masjid Mukim Tanjong Mas, Narathiwat
iv. Kalamullah Multi-Lingual & Quranic Centre, Pattani
Sesi perkongsian isu kemanusiaan Syria dan Rohingya turut juga diadakan di Masjid Mukim Panji dan Masjid Taman Uda Murni.
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang prihatin dan aktivis-aktivis yang telah menyumbangkan tenaga dan masa.
Semoga dengan bantuan ini, beban mangsa-mangsa banjir menjadi ringan dan mereka dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk