Pelayaran Pengharapan: Peringatan Pelayaran Mavi Marmara 2010

Sempena memperingati Tragedi Mavi Marmara 2010, kami bawakan kepada anda Forum Khas bersama ahli misi Flotila ke Gaza untuk mengimbau pengalaman mereka sepanjang pelayaran, ketika ditahan dan ketika dipenjarakan oleh rejim Zionis Israel.
 
Jom dengar perkongsian:
 
Dr. Fauziah Mohd Hasan
– Penasihat Kehormat Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP)
– Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE
– Ahli Jawatankuasa Pepandu, Freedom Flotilla Coalition (FFC)
– Ahli misi ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG), 2016
 
Prof. Dr. Mohd Afandi bin Saleh
– Professor Hubungan Antarabangsa, Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
– Felo Kanan Hal Ehwal Antarabangsa, MyCARE
– Ahli misi ‘Just Future for Palestine’ (JFP), 2018
 
Forum akan dikemudi oleh Tuan Syafik Shukri Abdul Jalil, Pembaca Berita Astro Awani yang juga merupakan ahli misi ‘Break The Siege’ 2024.
 
Sertai kami secara FIZIKAL di ibu pejabat MyCARE di Seri Kembangan (https://maps.app.goo.gl/28Vj3F34PQp5m39K9) atau ATAS TALIAN di Facebook atau YouTube MyCARE.
 
Kepada yang ingin hadir secara fizikal, RSVP kehadiran anda di: https://www.eventbookings.com/b/event/pelayaran-pengharapan
(Terhad kepada 80 orang terawal sahaja)
 
Yang hadir fizikal insyaAllah akan berpeluang menonton ‘Persembahan Istimewa’ khas buat pejuang keamanan.
 
Kepada yang ingin menyumbang kepada Tabung Misi Flotila ke Gaza 2024, boleh salurkan ke: https://mycare.qrd.by/misiflotillagaza

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memperkasa mobiliti, memperteguh solidariti

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyempurnakan majlis penyerahan sebuah Van Toyota Hiace kepada rakan strategik kami, Palestinian Forum Malaysia (PFM), bertempat di Pejabat MyCARE.  

Tabung Kecemasan Banjir Nepal

Bagaimanakah seorang ibu mampu menatap sisa lumpur apabila rumah dan anak kecilnya dihanyutkan arus sekelip mata?   Lembah Bhote Koshi yang dahulunya tenang kini bertukar

Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa