Pelancaran projek & misi kemanusiaan ke Somalia

SRI KEMBANGAN, 6 Apr 2017 – Sebuah sidang media bertujuan menyalurkan bantuan dana kemanusiaan ke Somalia telah diadakan di Pejabat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE.
Somalia merupakan salah satu negara di benua Afrika yang telah dihimpit konflik perang saudara dan kemarau berpanjangan sejak 1990-an lagi. Masalah ini telah menyebabkan Somalia ditimpa krisis kebuluran yang begitu dahsyat.






Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Menurut Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor kemarau yang berpanjangan menyebabkan aktiviti pertanian dan penternakan lumpuh. Bekalan makanan yang tidak mencukupi dan kenaikan harga barang telah menyebabkan rakyat terpaksa mengharap ehsan bantuan kemanusiaan.
Justeru, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) terpanggil untuk turut sama membantu. Menurut ketua misi, Noorsyazly Rameli satu perancangan telah disusun dengan kerjasama dua rakan NGO – KLGhaith dan African Relief Committee (ARC), untuk melancarkan kempen “Somalia Relief 2017.”
“Kempen “Somalia Relief 2017” menyasarkan kutipan sebanyak RM500,000 untuk disalurkan ke Somalia. Bantuan akan difokuskan kepada keperluan makanan, bekalan air bersih dan ubat-ubatan.”
“MyCARE juga bercadang menghantar satu “Misi Kemanusiaan ke Somalia” pada 26 April sehingga 2 Mei 2017 untuk meninjau sendiri keadaan di sana sambil memantau proses penyaluran bantuan dan mengenalpasti projek-projek jangka panjang yang boleh dilaksanakan. Delegasi ini akan turut disertai doktor perubatan, jurutera dan warga media,” tambah beliau.
Bagi mereka yang ingin menyumbang ke tabung “Somalia Relief 2017”, sumbangan boleh disalurkan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’ (MyCARE) melalui salah satu akaun berikut:
MAYBANK – 5515 7500 4299
CIMB ISLAMIC – 8602 135 592
BANK ISLAM – 1209 2010 034904

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.