Pek iftar untuk pelarian Syria di Sarmada

Setiap kali tibanya Ramadan, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) lazimnya akan menganjurkan Iftar Perdana bagi menyantuni saudara-saudara kita yang memerlukan di Syria.

Walaupun tahun ini sebarang bentuk perhimpunan termasuk Iftar Perdana terpaksa dibatalkan atas sebab penularan wabak COVID-19, pihak MyCARE mengambil inisiatif untuk memasak dan berikan kepada yang memerlukan dalam bentuk Pek Iftar kepada pelarian-pelarian Syria di Sarmada, Utara Idlib.

Sehelai sepinggang, kematian ahli keluarga, tiada pendapatan, tiada bekalan makanan yang cukup, makan ala kadar setiap hari. Kami memilih untuk memberikan makanan yang terbaik buat mereka. Alhamdulillah, kegembiraan jelas terpancar di wajah kerana teramat jarang mereka menerima makanan yang enak seperti kita.

Beruntunglah penyumbang-penyumbang kempen MyRamadan kerana;

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam kempen MyRamadan tahun ini.

 

Semoga gandaan pahala di bulan Ramadan ini menguntungkan kita di akhirat kelak.

“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memperkasa mobiliti, memperteguh solidariti

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyempurnakan majlis penyerahan sebuah Van Toyota Hiace kepada rakan strategik kami, Palestinian Forum Malaysia (PFM), bertempat di Pejabat MyCARE.  

Tabung Kecemasan Banjir Nepal

Bagaimanakah seorang ibu mampu menatap sisa lumpur apabila rumah dan anak kecilnya dihanyutkan arus sekelip mata?   Lembah Bhote Koshi yang dahulunya tenang kini bertukar

Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa