[PalestinDiserang] Baik Pulih Pam Air

Alhamdulillah, MyCARE Gaza dengan kerjasama Majlis Perbandaran An-Nusairat telah berjaya membaiki pam di telaga Al-Masnaa’. Projek ini sangat penting dalam memenuhi keperluan segera dan menyumbang kepada kestabilan serta kesejahteraan jangka panjang penduduk Gaza.

 

Telaga Al-Masnaa’ yang terletak di timur kem An-Nusairat, sebelum ini menghadapi masalah tekanan air rendah dan tiada aliran air akibat kerosakan pada pam.

 

Dengan bantuan rakyat Malaysia, pam ini telah dibaiki dan kini beroperasi semula, mengembalikan bekalan air kepada kira-kira 15,000 penduduk selepas tiga bulan tanpa air.

 

Pam yang dibaiki dengan kedalaman 50 meter, diameter 6 inci, dan penggunaan kuasa 5.5 kuasa kuda. Pam ini mampu mengeluarkan air sebanyak 20 m³/jam dengan kualiti air yang baik dan mengandungi kandungan garam yang rendah menjadikannya sesuai untuk diminum dan kegunaan lain.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Projek ini bukan sahaja memulihkan bekalan air, tetapi juga sebahagian daripada inisiatif kelestarian yang lebih luas yang bertujuan untuk memastikan keselamatan air jangka panjang bagi komuniti.

 

Projek ini mendapat sokongan dana dari Econsave untuk memastikan pelaksanaan projek ini berjaya.

 

Penduduk Gaza sangat terkesan dengan situasi yang mereka hadapi, namun dengan usaha seperti ini, sedikit demi sedikit kehidupan mereka dapat diperbaiki. Terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dan mendoakan kejayaan projek ini.

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Terus membela al-Aqsa

Alhamdulillah, MyCARE telah dijemput menghadiri sesi perkongsian maklumat berhubung perkembangan terkini Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia.   Pertemuan ini menghimpunkan wakil-wakil NGO

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per