Orange4Orphan

Bersempena Kempen Bulan Anak Yatim, MyCARE ingin mengajak semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama untuk sama-sama menyumbang kepada usaha membela nasib anak-anak yatim Palestin, Syria, dan Rohingya di bawah kelolaan kami melalui kempen “Orange4Orphan!”
Apa maksud Orange4Orphan?
Biasa tak lihat duit kertas RM20? Haaa… warnanya kan oren? Jadi, kempen ini mengajak anda untuk menyumbang kepada projek anak yatim MyCARE dengan sumbangan serendah RM20 SAHAJA. Warna oren juga membawa maksud keceriaan, kesungguhan dan kreativiti dimana ianya merupakan elemen-elemen positif yang ingin kita tanam dalam diri anak-anak yatim ini, insya Allah. Ia juga adalah warna rasmi MyCARE.
Sumbangan yang terkumpul sepanjang kempen ini berlansung akan dimasukkan ke dalam tabung umum anak yatim untuk sumbangan dan juga aktiviti-aktiviti untuk anak-anak yatim dibawah kelolaan MyCARE.
Salurkan sumbangan anda melalui:
Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
JomPay: Biller code- 6197
Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui:
E-mail: account@mycare.org.my
Whatsapp: 013-7444760
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Pn Norlela Hussin: 03-89412341 / 013-7444760

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Pakej Qurban & Aqiqah 2026

“Qurban bermula serendah RM200, sijil dapat, laporan ada, panel syariah ada, audit pun ada.”   Mengangkat syariat Allah SWT supaya umat Islam melaksanakan ibadah qurban

Iftar Istimewa: Yaman

Di tengah kemusnahan dan kehidupan yang serba kekurangan, waktu berbuka puasa tetap menjadi saat yang dinanti oleh keluarga-keluarga di Yaman. Walaupun hidup di kem pelarian

Aktiviti psikososial & hadiah raya

MyCARE telah melaksanakan aktiviti psikososial dan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak pelarian Palestin di Lubnan di bawah kempen MyRamadan 2026.   Seramai 300 orang

Hadiah baju raya Yaman

MyCARE telah melaksanakan agihan Hadiah Raya khas untuk anak-anak yatim dan fakir di Yaman di bawah kempen MyRamadan 2026.   Sebanyak 200 pek Hadiah Baju