Baru-baru ini Team MyCARE diketuai oleh Pengurus Besar, Puan Roha Hassan bersama Cik Khadijah Said, Eksekutif Projek CBI MyCARE- UNHCR serta staf lapangan, Puan Nurul Asyikin Mohamad Ladzem telah mengunjungi Encik Claudio Moroni, Projek Koordinator MSF bertempat di Klinik Mewah 6, Taman Mewah, Butterworth, Pulau Pinang.

MSF adalah sebuah Organisasi Perubatan Antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan kesihatan asas kepada pelarian dan pekerja migran melalui klinik bergerak di Pulau Pinang secara percuma*.

MSF juga menawarkan pendidikan kesihatan di sekolah dan kepada masyarakat serta membantu mendapatkan perkhidmatan di hospital (melalui penterjemah dan pengaturan dengan pegawai hospital).

Selain itu, organisasi tersebut juga menyediakan sokongan psikologi dan rujukan berhubung dengan UNHCR.

Melalui kerjasama ini MSF bersetuju dengan pihak MyCARE untuk merujuk POC (Person of Concern) atau mana-mana migran yang sakit ke klinik percuma yang diuruskan oleh MSF.

Walau bagaimanapun, MSF tidak memberikan bantuan kewangan penuh kepada semua kes medikal, tetapi mengikut ciri-ciri tertentu sahaja.

Khidmat yang diberikan hanyalah di Pulau Pinang.

Pesakit-pesakit yang berada jauh dari lokasi klinik boleh menghubungi Hotline MSF di talian: 011-1614 5454 untuk membuat temujanji atau mengetahui jadual klinik bergerak di Pulau Pinang.