MyCARE agih pek makanan untuk keluarga Mesir & Kemboja

MyCARE Laksanakan Agihan Pek Makanan Ramadan untuk Keluarga Mesir dan Kemboja yang Kesempitan

Ramadan kali ini nyata berbeza. Ternyata ramai yang merasa tempias kesyukaran Ramadan dalam suasana di uji Covic-19.

Terdapat sejumlah keluarga Mesir dan Kemboja yang melalui kesukaran terputus bekalan Makanan kerana tidak dapat bekerja seperti biasa.

MyCARE melunaskan amanah oleh rakyat Malaysia untuk saling meringankan bebanan sesama kita melalui agihan Pek Makanan Ramadan untuk keluarga Mesir dan Kemboja yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.

Dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia, keluarga ini dibantu dengan sumbangan Pek Makanan Ramadan yang boleh menampung keperluan selama seminggu.

Agihan untuk keluarga Mesir telah dilakukan melalui wakilnya, Dr. Farouk dan agihan untuk keluarga Kemboja yang hilang sumber pendapatan telah di bantu oleh Dr Zariah dan Tok Ketua Kampung Kancong Darat, En. Yusof.

Para dermawan yang terpanggil untuk saling meringankan ujian rakan-rakan kita di dalam dan luar negara boleh melakukannya dengan menyumbang melalui MyRamadan dengan perincian berikut;

https://donate.mycare.org.my/c/myramadan

Semoga ada sinar kegembiraan buat mereka di bulan Ramadan dan di musim COVID-19 ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah

Peluang akhir sertai MyQurbani

Berita baik untuk yang belum menyertai MyQurbani.Kami lanjutkan tempoh bagi 5 pakej iaitu Pakej Somalia, Yaman, Syria, Sejuk Beku dan Sedekah Daging Gaza sehingga 24

Terima kasih semua!

Dipintas dan diculik bukan bererti misi ini gagal.   Perjuangan ini akan terus diwarisi dari generasi ke generasi untuk mencabar kuasa-kuasa besar yang menindas.