MRT 3.0 Melaka : Tiga dari Empat Program Telah selesai

Bermula dengan bersiaran di Radio, MyCARE Melaka mengisi MRT 3.0 dengan Photo & Video Editing Class serta Volunteers Melaka : Meet & Greet.
 

Tiga program ini akan dilengkapkan dengan aktiviti utama Run For Humanity pada 25 Oktober 2025.

 

Melalui Radio Melaka FM, suara kemanusiaan telah disampaikan oleh Puan Roha Hassan dan Dr. Marina Abd Mujib kepada semua pendengar Melaka.

 


 

 

 

Manakala melalui bengkel Photo & Video Editing Class pula para peserta diberikan latihan untuk kuasai skill content marketing, design dan edit video sendiri, belajar teknik iklan yang padu, boost bisnes secara digital.

 

Seterusnya, melalui Program Meet & Greet untuk sukarelawan Melaka, Dr. Mohamed Ikram Mohamed Salleh, BOT MyCARE telah berkongsi ilmu dan kemahiran kesukarelawan kepada semua AJK dan Sukarelawan Melaka yang hadir. Di akhir program, 4 kumpulan sukarelawan telah diberikan tugasan untuk membuat projek kemanusiaan.

 


 

 

Akhir sekali team MRT 3.0 Melaka telah menyusun program yang sangat istimewa iaitu Run For Humanity yang akan berlangsung pada 25 Oktober 2025. Nantikan hebahan dari masa ke semasa untuk untuk turut serta dalam program yang istimewa ini.

 

MyCARE merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan program secara langsung atau tidak langsung.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah

Peluang akhir sertai MyQurbani

Berita baik untuk yang belum menyertai MyQurbani.Kami lanjutkan tempoh bagi 5 pakej iaitu Pakej Somalia, Yaman, Syria, Sejuk Beku dan Sedekah Daging Gaza sehingga 24

Terima kasih semua!

Dipintas dan diculik bukan bererti misi ini gagal.   Perjuangan ini akan terus diwarisi dari generasi ke generasi untuk mencabar kuasa-kuasa besar yang menindas.