Misi MyCARE Jordan Humanity Beyond Borders

Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) akan melaksanakan satu lagi misi kemanusiaan bagi menyampaikan hasrat dan sumbangan rakyat Malaysia kepada pelarian Syria di bumi Jordan yang kini berjumlah 659,063 (UNHCR, 13 Mac 2018).
Misi ini akan lebih mendekati pelarian dan merasa denyut nadi mereka dengan lawatan ke kem-kem penempatan dan berinteraksi secara terus dengan mereka. Sumbangan berbentuk pek makanan akan disalurkan selaras dengan keperluan asas yang diperlukan di setiap kem-kem pelarian .
Misi kali ini bukanlah kali pertama bagi pihak MyCARE, malahan kesinambungan kepada beberapa siri misi sebelum ini yang pernah dijalankan kali terakhir pada 2017.
Sumbangan rakyat Malaysia berjumlah hampir RM30,000 akan disalurkan ke beberapa kem pelarian sekitar Mafraq dan juga anak yatim tajaan MyCARE yang berjumlah 11 orang.
Antara objektif utama misi adalah:
1) Menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia kepada pelarian Syria di Jordan
2) Mempererat kerjasama dengan NGO anak yatim Syria di sana dan menyalurkan sumbangan
3) Melawat kem-kem pelarian dan menganalisis keperluan mereka
Misi ini akan diwakili oleh:
1) Kamarul Zaman Shaharul Anwar (Ketua Misi)
Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE
2) Khalid Jimat
Pengurus Penyelidikan & Pendidikan MyCARE
3) Mohamad Saadon Suleiman
Penyelia Operasi MyCARE Johor
Sebahagian sumbangan kempen Misi MyCARE Jordan Humanity Beyond Borders ini akan disalurkan ke Tabung Meal4Them MyCARE bagi tujuan penyaluran bantuan makanan ke kem-kem pelarian Syria dan juga negara-negara lain yang memerlukan.
Sumbangan masih diperlukan! Jom realisasikan Humanity Beyond Borders melalui sumbangan ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad:
Recipient Reference: meal4them
Maybank Islamic : 5515-7500-4299
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592

Hantarkan butiran sumbangan ke alamat e-mel meal4them@mycare.org.my atau +6018 9089 282.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk