Menyantuni para pengajar & penghafal al-Quran

https://www.facebook.com/aqsa.syarif/videos/1538028352887494/

Pada bulan Mei 2017, seramai 610 orang bakal hafiz di Palestin telah ditaja rakyat Malaysia di bawah projek Adopt A Hafiz.
Projek ini adalah projek berkala MyCARE bagi melahirkan para hafiz di bumi Palestin. MyCARE telah bekerjasama bersama Darul al-Qur’an Karim Wa Sunnah (Palestin) dalam melaksanakan projek Adopt A Hafiz.
Majlis Iftar Perdana telah diadakan bersama aktiviti latihan menghafal al-Qur’an cara moden oleh 5 orang tenaga pengajar. Pengerusi Darul al-Qur’an Karim Wa Sunnah (DQWS), Syeikh Dr. Abdul Rahman Yusuf al-Jamal memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang dari Malaysia.
Beliau menambah bahawa MyCARE adalah saluran sumbangan yang sangat telus dan mempunyai hubungan baik bersama DQWS.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Ketua Parti Politik HAMAS, Ismail Haniya telah dijemput untuk turut serta di dalam Iftar Perdana meraikan para penghafal al-Qur’an ini. Walaubagaimana pun, beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.
JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam kempen MyRamadan.
Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita dari 21 buah negara belum lagi mendapat Tajaan Makanan dan Hadiah Raya. Jom bersama kami membantu mereka!
Ayuh terus menaja makanan mereka! Derma segera di https://www.billplz.com/myramadan
“Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Tabung Kecemasan Banjir Nepal

Bagaimanakah seorang ibu mampu menatap sisa lumpur apabila rumah dan anak kecilnya dihanyutkan arus sekelip mata?   Lembah Bhote Koshi yang dahulunya tenang kini bertukar

Jom bina semula Gaza!

Di sebalik debu dan runtuhan konkrit yang memusnahkan penempatan di Gaza, ribuan keluarga terpaksa bertahan hidup di bawah khemah serba daif. Kanak-kanak menangis kelaparan, mangsa