KENYATAAN BERSAMA | MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) TABUNG KECEMASAN ROHINGYA

MyCARE dan komuniti rakyat Indonesia yang bermastautin di Malaysia di bawah FORKOMMI (Forum Komunikasi Masyarakat Muslim Indonesia di Malaysia) dan FOKMA (Forum Komunikasi Masyarakat Muslimah Indonesia) secara kolektif terpanggil bagi menyatakan keprihatinan dan seterusnya menyatakan pendirian tegas kami berkenaan dengan isu kemanusiaan yang sedang berlaku di Arakan, Myanmar terhadap etnik Rohingya.

Isu etnik Rohingya adalah tragedi kemanusiaan akibat daripada polisi pembersihan etnik dan genosid yang sudah berlaku semenjak beberapa dekad yang lalu. Kini, pembantaian sistematik ini memuncak lagi sehingga 90,000 pelarian Rohingya yang kini membanjiri sempadan negara Bangladesh untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh dengan kejam oleh pihak tentera dan puak pelampau di Myanmar.

FORKOMMI dan FOKMA akan menggembling usaha bersama MyCARE untuk menjalankan siri program kesedaran dan kutipan dana untuk membantu Tabung Kecemasan Rohingya anjuran MyCARE.

Projek kerjasama ini akan berjalan bermula september ini melalui jaringan FORKOMMI dan FOKMA di seluruh negara. Semua sumbangan akan disalurkan melalui akaun MyCARE.

MyCARE juga selaku NGO yang berpengalaman luas dalam isu ini akan membantu FORKOMMI dan FOKMA menjalankan program dan kutipan dana.

Sehubungan dengan itu, bagi mana-mana komuniti rakyat Indonesia yang ingin bersama projek ini boleh menghubungi Tuan Arip Darmawan, Ketua FORKOMMI di talian 017-2360331 atau Puan Evi Hartati, Ketua FOKMA di talian 011-15681108.

Sekian. Terima Kasih.

Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Ketua Pegawai Eksekutif
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Tuan Arip Dermawan
Ketua FORKOMMI

Puan Evi Hartati
Ketua FOKMA

****************************

Untuk rakyat Malaysia yang ingin menyumbang ke Tabung Kecemasan Rohingya secara ONLINE boleh ke www.billplz.com/selamatkanrohingya

Hubungi pegawai kami, En Aiman untuk maklumat lanjut ditalian 012-2799734.