Majlis makan malam bersama Menteri Besar Perak

Seiringan World Conference On Islamic Thought and Civilization (WCIT 2017), delegasi-delegasi lebih dari 15 buah negara telah mendapat jemputan makan malam oleh Y.A.B Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir di kediaman rasmi beliau di Ipoh, Perak.
Turut diundang delegasi MyCARE iaitu Dr. Fauziah Mohd Hasan (Ahli Pemegang Amanah MyCARE), Marry Ann Wright, dan Pn Roha Hassan (Pengurus Besar Operasi MyCARE).




Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Dato’ Dr. Zambry menegaskan bahawa Perak adalah sebuah negeri yang harmoni yang dirangkumi dengan pelbagai kaum dan agama, dan menjadi langkah untuk terus mengekalkan keamanan negara Malaysia.
Majlis makan malam ini diteruskan dengan ‘Ambassador Forum’ yang membincangkan mengenai keamanan dalam definisi negara ASEAN oleh Tan Sri Dr. Surin Pitsuwan (Former Secretary General of ASEAN), Dr. Dewi Fortuna Anwar (Former Deputy for Government Policy Support in the Secretariat of Vice President of Indonesia) dan Tan Sri Razali Ismail (Former President, United Nations General Assembly (UNGA)).
Delegasi MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir atas jemputan pada malam ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kursus Asas Braille: Pabila Mata Berbicara

Pernahkah anda terfikir bagaimana individu kurang penglihatan membaca dan menulis tanpa melihat?   Jom sertai kursus asas Braille anjuran MyCARE dengan kerjasama KL Braille Resources!

Walk For Humanity 2026 Kuantan

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh jayanya program Walk For Humanity 2026 di IIUM Kuantan. Terima kasih buat seluruh warga Kuantan yang telah hadir bagi memeriahkan

Terus membela al-Aqsa

Alhamdulillah, MyCARE telah dijemput menghadiri sesi perkongsian maklumat berhubung perkembangan terkini Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia.   Pertemuan ini menghimpunkan wakil-wakil NGO