Majlis Iftar Perdana raikan doktor & pengamal perubatan

https://www.facebook.com/aqsa.syarif/videos/1538176509539345/

 
Di saat penduduk Gaza tidak mempunyai wang untuk rawatan, atau dihalang untuk keluar Gaza bagi mendapatkan rawatan, doktor-doktor inilah yang mengorbankan diri untuk membantu mereka tanpa dibayar gaji. Mereka juga lah yang berkhidmat di saat perang berlaku di Gaza.
Di dalam kempen MyRamadan 1438H, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah meraikan 450 orang pengamal perubatan di dalam majlis Iftar Perdana di Gaza.
MyCARE Gaza juga menjemput wakil-wakil dari Kementerian Kesihatan sebagai penghargaan sepanjang kerjasama MyCARE dengan Kementerian Kesihatan selama ini. Selain itu, para doktor yang telah berkhidmat di dalam Projek Tabung Pesakit Miskin MyCARE juga turut diraikan.
Ketua Persatuan Doktor, Dr. Fadel Naeem berterima kasih atas peranan penting rakyat Malaysia di dalam sektor kesihatan lebih-lebih lagi semasa perang yang lalu, penyediaan perkhidmatan bas percuma untuk guru dan doktor oleh MyCARE dan sebagainya.
Dr. Suhail al-Hindi dari Kementerian Kesihatan menyatakan penghargaannya kepada para penyumbang dari Malaysia atas sokongan yang berterusan.
JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam kempen MyRamadan.
Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita dari 21 buah negara belum lagi mendapat Tajaan Makanan dan Hadiah Raya. Jom bersama kami membantu mereka!
Ayuh terus menaja makanan mereka! Derma segera di https://www.billplz.com/myramadan
“Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf 2026

Projek Penajaan Anak Yatim dan Asnaf MyCARE terus menjadi jambatan kasih sayang anda. Bermula di Palestin, amanah ini berkembang ke Syria, Filipina, Lubnan, Yaman, sehinggalah

Peluang akhir sertai MyQurbani

Berita baik untuk yang belum menyertai MyQurbani.Kami lanjutkan tempoh bagi 5 pakej iaitu Pakej Somalia, Yaman, Syria, Sejuk Beku dan Sedekah Daging Gaza sehingga 24

Terima kasih semua!

Dipintas dan diculik bukan bererti misi ini gagal.   Perjuangan ini akan terus diwarisi dari generasi ke generasi untuk mencabar kuasa-kuasa besar yang menindas.