Lawatan sambil belajar anak yatim Rohingya ke Petrosains

KUALA LUMPUR, 4 Mac 2017 – Seramai 50 orang anak yatim Rohingya dari Madrasah Muin, Madrasah Hashimiah dan Madrasah Khairiyyah telah diraikan di bawah program Educational Trip with Orphans anjuran MyCARE. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah anak-anak ini yang pertama kali berpeluang menerokai dan bermain dengan permainan yang berkonsepkan sains dan alam sekitar di galeri tersebut.
Program ini tidak dapat dijayakan tanpa bantuan sumbangan orang ramai yang telah menaja 50 keping tiket untuk anak-anak yatim ini. Penaja-penaja korporat juga turut memberikan sumbangan makanan, cenderahati, dan lain-lain. Antaranya ialah Petrosains – The Discovery Centre, TNB Energy Services Sdn Bhd (TNBES), KFC, BoBoiBoy Studio Animonsta, Kumpulan Media Karangkraf, Aki47, Ukhuwwah Corner, Restoran Selera Bonda, dan Restoran BAKSO KOPLO.










Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Seramai 20 orang sukarelawan turut membantu dalam menjayakan program ini.
Pengurus Kanan MyCARE, Pn Roha Hassan berkata lawatan selama tiga jam itu merupakan antara inisiatif pihaknya meraikan anak yatim yang ditaja di bawah program ‘Penajaan Anak Yatim MyCARE’.
“Ia merupakan satu daripada enam program yang dirancang untuk bulan ini yang mana hari ini kita bawa mereka (anak yatim) meneroka alam sains supaya mereka juga merasai peluang dan nikmat yang dirasai anak-anak lain sebaya dengan mereka.
Jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan syarikat korporat yang telah memberikan anak-anak ini peluang untuk menerokai dan mempelajari alam sains semasa lawatan sambil belajar ini. Terima kasih kerana memberikan ukiran kegembiraan dan kenangan manis buat mereka.
Tidak dilupakan, para sukarelawan yang bertungkus-lumus dan mengerah tenaga menjaga anak-anak yang aktif ini. Terima kasih kerana menjadi ‘ibubapa/abang kakak’ sementara buat mereka seperti apa yang kita maklum bahawa mereka sudah ketiadaan ibubapa dan sanak-saudara.
Terima kasih juga kepada wartawan media yang telah membuat liputan mengenai program ini.
Antara program-program yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Mac ialah Ziarah anak yatim di Filipina, Warkah Buat Anakku dan program bersama penaja di Johor dan Sibu. Tema #Orange4Orphan sepanjang bulan ini adalah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim ini dengan serendah RM20 sahaja.
Program penajaan anak yatim MyCARE telah menaja kira-kira 2,500 anak yatim dari Myanmar, Palestin, Syria dan Filipina.
Justeru, jangan lepaskan peluang untuk turut serta menjayakan kempen ‘Bulan Anak Yatim’ MyCARE agar dapat kita sama-sama membantu anak-anak yatim ini.
Salurkan sumbangan anda melalui:
Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
JomPay: Biller code- 6197
Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui:
E-mail: account@mycare.org.my
Whatsapp: 01337444760
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Pn Raimi Sayuti / Pn Norlela Hussin: 03-89412341 / 013-7444760

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Jom Bayar Zakat Fitrah Melalui MyCARE

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah mendekati 10 malam terakhir yang teristimewanya berbanding dengan malam-malam yang lain di bulan Ramadan.   Tinggal beberapa hari sahaja

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari