Lagi sumbangan anda di Arakan

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA!
Ahli Misi MyCARE ke Myanmar 3 (MMM3) telah menyalurkan 250 sumbangan pek makanan kepada 250 buah keluarga di Thae Chaung, Sittwe pada 28 Mei lepas.
Pelarian Rohingya di sini adalah dari daerah Kyakpyu. Mereka menyewa tanah dari penduduk asal untuk membina pondok bagi meneruskan kehidupan.



Lagi gambar-gambar di album Nusantara Care
Barang yang disalurkan adalah (untuk setiap pek):
1) Beras (20 kg)
2) Gula (2 kg)
3) Susu pekat (1 tin)
4) Minyak Masak (2 L)
5) Mee Hoon (2 Paket)
6) Mee (3 Paket)
7) Kentang (1.5 kg)
8) Bawang besar (1.5 kg)
9) Kacang kuda (1.5 kg)
10) Kacang Dhal (1.5 kg)
Kami mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para penyumbang yang telah menyalurkan sumbangan anda kepada mereka melalui MyCARE dan Nusantara Care.
Keadaan komuniti Muslim di sini sangat dhaif dan memerlukan bantuan anda untuk kelangsungan hidup mereka. Ayuh teruskan menyumbang ke Projek MyRamadan anjuran MyCARE.
“Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada yang puasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang puasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Sumbangkan tajaan Pek Makanan atau Hadiah Raya di https://www.billplz.com/myramadan atau
Maybank Islamic : 5642-5856-0698
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
JomPAY (ID: 6197)
Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan bakul makanan & persekolahan asnaf

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan dan Bantuan Persekolahan kepada golongan asnaf di Perkarangan Padang Sivik, Bandar Gua Musang dengan kerjasama Pejabat

MyCARE X HAI sedia tempat bersuci

Selepas Masjid Ar-Rawdah ranap sepenuhnya akibat serangan pada September 2025, ruang solat sementara yang didirikan penduduk tempatan tidak lagi mampu menampung keperluan asas sanitasi.  

Majlis Hi-Tea Kemanusiaan, Terengganu

Gaza memerlukan lebih daripada simpati. Gaza memerlukan tindakan kita.   Jom sertai Majlis Hi-Tea Kemanusiaan “Bersama Membina Gaza” bersama MyCARE Terengganu bagi mengumpulkan dana untuk