Ini adalah di antara hasil projek Pertanian MyCARE melalui sumbangan rakyat Malaysia ke akaun MyCARE.
Saya berkesempatan ke ladang tersebut walaupun jadual yang ketat. Beit Hanoun terletak dengan sempadan utara Gaza-Israel dan kelihatan jelas tembok konkrit sepanjang sempadan sekitar 700 meter dari ladang ini. Hasil projek ini telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Gaza. Keuntungan projek ini juga disumbangkan kepada keluarga miskin dan dikembangkan untuk meluaskan projek Pertanian MyCARE di Gaza.
![]()
![]()
![]()
![]()
Lagi gambar-gambar di album Aqsa Syarif
Tahniah anda yang menyumbang melalui MyCARE.
[Berita lanjut menyusul kemudian, insya Allah].
Ayuh terus salurkan sedekah dan bantuan kepada rakyat Palestin di www.billplz.com/myramadan .
Memperkasa mobiliti, memperteguh solidariti
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyempurnakan majlis penyerahan sebuah Van Toyota Hiace kepada rakan strategik kami, Palestinian Forum Malaysia (PFM), bertempat di Pejabat MyCARE.