Kunjungan WADAH Selangor

SRI KEMBANGAN, 24 Julai 2018 – MyCARE menerima kunjungan 3 orang delegasi Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Selangor, WADAH Selangor yang diketuai Setiausahanya, En. Kamarul Azami Mohd Zaini.
Pertemuan ini membincangkan dan bertukar-tukar buah fikiran bagi melaksanakan Kem Sinar Rohingya (Sinar) iaitu program membangunkan kesedaran beragama di kalangan remaja Rohingya.
Program ini ditaja Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) direncana untuk dilaksanakan pada akhir Julai ini di Asli Adventure Base Camp (AABC), Hulu Langat.
MyCARE terlibat sebagai rakan rongsi idea serta pengendali bersama program. MyCARE mengucapkan tahniah atas penganjuran kem ini dan ucapan terima kasih atas jemputan untuk turut serta dalam pelaksanaan program bermanfaat ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Perbincangan Palestin daripada sudut agama

Apa yang anda lakukan di kala genosid masih berterusan?   Sebuah persidangan yang dianjurkan oleh Freedom Flotilla Coalition dengan kerjasama organisasi-organisasi tempatan seperti Donne per

Meneruskan perjuangan Mavi Marmara

Ibu Pejabat MyCARE di Seri Kembangan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Beheşti İsmail Songür, Presiden Mavi Marmara Foundation, Abdul Mejid, Pengarah Bahagian Antarabangsa, dan

Beri peluang pendidikan kepada anak Gaza

Hampir 98% bangunan sekolah di Gaza kini hancur menjadi debu runtuhan.   Menurut laporan antarabangsa, seramai 1.5 juta kanak-kanak Palestin kini dinafikan akses kepada pendidikan