Kenyataan Media Bersama

Kami daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang hadir pada hari ini berasa kecewa dan sedih dengan kenyataan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana sumbangan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.

Kenyataan beliau telah merosakkan bukan hanya imej dan reputasi NGO di Malaysia tetapi juga kerajaan dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Tuduhan yang melampau dan tidak berasas ini sepatutnya disertai dengan bukti dan bukan secara umum.

NGO di Malaysia selama ini mengutip dana daripada rakyat Malaysia dan bantuan kepada rakyat Palestin disalurkan terus melalui rakan NGO masing-masing di Palestin dan tidak semestinya melalui kerajaan.

Tuduhan beliau berkaitan dengan penyelenggaraan Masjidil Aqsa adalah tidak tepat kerana urusan itu berada di bawah tanggungjawab Jabatan Wakaf yang diuruskan oleh kerajaan Jordan.

Sepanjang 17 tahun lalu sejak Gaza dikepung oleh rejim Israel pelbagai bantuan telah disalurkan oleh NGO Malaysia dalam bentuk kewangan, makanan, perubatan, Pendidikan, infrastruktur dan lain-lain.

Sumbangan-sumbangan yang diuruskan oleh NGO Malaysia ini bukan hanya diterima daripada rakyat Malaysia, tetapi juga daripada Kerajaan Malaysia. Ini jelas menunjukkan kepercayaan kerajaan Malaysia kepada NGO Malaysia.

Semua sumbangan ini diperakui sendiri oleh rakyat Palestin termasuk beberapa jabatan kerajaan di sana, antaranya Kementerian Kesihatan, Majlis-Majlis Perbandaran, Kementerian Pendidikan serta universiti-universiti, terutama di Gaza.

Sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk kesejahteraan Masjidil Aqsa turut disalurkan oleh NGO Malaysia terus kepada penduduk Palestin di sekitar masjid berkenaan, terutama pada bulan Ramadan.

Bukti penyaluran bantuan serta pelaksanaannya boleh dilihat dalam laporan tahunan NGO terbabit, berserta dengan statistik, gambar dan video serta laporan media tempatan dan luar negara. Malah, wakil media tempatan sendiri turut dibawa oleh NGO Malaysia untuk menyaksikan sendiri penyerahan bantuan dan sumbangan.

Sehubungan ini, kami menuntut Duta Palestin ke Malaysia menarik balik kenyataan dan tuduhan yang dilemparkan serta memohon maaf secara terbuka sekiranya beliau gagal membuktikan segala tuduhan liar beliau itu.

19 Februari 2020

1. Muslim Care Malaysia
2. Viva Palestina Malaysia
3. ABIM
4. Global Peace Mission
5. MyCARE
6. HALUAN Malaysia
7. MAPIM
8. MEDICOM
9. CAKNA Palestine
10. MAHAR

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kempen Bencana Sumatera

Di saat kita berlindung dengan selesa, ada saudara kita di Sumatera yang sedang melalui hari-hari penuh ujian. Rumah rosak, keperluan terhad, dan harapan diuji satu

MyRamadan 2026

Ramadan kian menghampiri. Inilah bulan ibadah yang dinanti, saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana setiap amal diganjarkan dengan pahala berlipat ganda.   Seiring hadirnya bulan

Bantuan MyCARE masuk Utara Gaza

Alhamdulillah! Dua buah lori konvoi berjaya memasuki Utara Gaza dan Bandar Gaza membawa bantuan awal bagi pemulihan penduduk yang terus terkesan oleh krisis kemanusiaan berpanjangan.